Ku Ardanan Dollah (bersongkok) sebelum majlis penyembelihan korban dimulakan di Persiaran Raja Sakti, Kuala Menanti, Tasik Beris di Sik.
SEBANYAK 57 ekor lembu dikorbankan untuk membantu keluarga tidak berkemampuan, termasuk masjid, surau serta golongan asnaf dan sekolah tahfiz di seluruh daerah Sik.
Pengarah Urusan Al Tamim World Sdn Bhd, Dato Ku Ardanan Dollah, 52, memberitahu KitaReporters sumbangan itu dilakukan untuk meringankan beban keluarga golongan sasaran di seluruh daerah Sik sempena Hari Raya Korban.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibadat korban
Menurutnya, semua lembu yang dikorbankan itu telah disembelih di premis Persiaran Raja Sakti, Kuala Menanti, Tasik Beris di Sik. Daging-daging korban tersebut telahpun diagih-agihkan pada pagi hari raya sehingga 13 Julai 2022 pada golongan penerima.
Jelas Ku Ardanan, lebih 300 sukarelawan turut membantu acara korban itu termasuk tukang sembelih, melapah, memotong daging, menimbang, membungkus dan menghantar pada golongan sasaran di semua kampung di daerah Sik.
Kata beliau, pihaknya bersyukur kerja-kerja pengagihaan daging korban telah berjalan dengan lancar sejak pagi hari raya sehingga malam 13 Julai 2022 dan niat untuk membantu golongan kurang berkemampuan tercapai.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Persiaran Raja Sakti memberitahu, pihaknya sedia membantu golongan tidak berkemampuan jika benar-benar memerlukan bantuan.
Menurutnya lagi, kesemua 57 ekor lembu yang dikorbankan itu dibeli daripada penternak persendirian dari beberapa daerah di sekitar Kedah dalam usaha membantu usaha penternakan setempat. - KitaReporters
Ku Ardanan (bersongkok) yang mewakili Al Tamim World Sdn Bhd melihat kerja-kerja melapas lembu korban.
Tags: