Seni & Sukan 04 Jul, 2022

Liga Super 2022: Sabah lebih hebat daripada Negeri Sembilan! 1-0! Terus beri tekanan kepada JDT!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SKUAD kendalian Datuk Ong Kim Swee terus membuktikan bahawa Sabah Football Club (FC) mampu menjadi pencabar utama Liga Super 2022 setelah mencatat kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) dan kembali ke kedudukan kedua liga dalam perlawanan liga yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi (Ahad, 3 Julai 2022). 

Kedua-dua pasukan turun dalam misi untuk mencari kemenangan bagi terus mengukuhkan kedudukan kedua liga, sekali gus memberi tekanan kepada pendahulu liga dan ternyata pasukan Sabah lebih baik bermain dalam perlawanan tersebut


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super



Park Tae-Su menjadi wira Sabah apabila jaringan beliau pada minit ke-62 sudah cukup untuk memastikan skuad Sabah pulang dengan tiga mata penting.  

Negeri Sembilan yang cuba mencari gol penyamaan dengan pelbagai serangan namun pertahanan Sabah lebih bersedia untuk menyerap setiap asakan dari Negeri Sembilan. 

Sabah juga berpeluang untuk menambah jaringan namun peluang yang hadir sering dipersiakan begitu sahaja. 

Kemenangan ini juga sangat penting untuk mereka kerana selepas ini bakal bertemu dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan perlawanan ini sudah tentu sangat mustahak untuk kedua-dua pasukan kerana jika Sabah menang mereka akan menjadi pendahulu liga seketika. 

Perlawanan JDT menentang Sabah sudah pasti perlawanan yang dinantikan oleh setiap penyokong namun kemungkinan besar juga akan ada beberapa pemain tidak dapat diturunkan kerana masih berstatus pemain pinjaman dari JDT. 

Mampukah Sabah menjadi pasukan pertama mampu kalahkan JDT atau JDT akan terus mengukuhkan kedudukan pendahulu liga? - KitaReporters


12
12
0
10
0
You will be interested