Seni & Sukan 26 Oct, 2021

Video! Jika sayangkan anak, SRK, Gauri disaran hantar Aryan ke pusat pemulihan! Saranan menteri

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Aryan masih ditahan di penjara atas kesalahan memiliki dadah. - Kredit foto: ANI

BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dan isteri Gauri Khan disaran menghantar anak mereka, Aryan Khan, 23, ke pusat pemulihan bagi memulihkan ketagihan dadah dan demi masa depan anak dalam kegiatan seni. 

Saranan ini dikemukakan oleh Menteri Persatuan Sosial dan Pemerkasaan India, Ramdas Athawale yang dilaporkan oleh Asian News International (ANI) pada Ahad, 24 Oktober 2021.


SRK dan Ghauri disaran membawa Aryan ke pusat pemulihan. - Kredit Foto: ANI

Ramdas mengatakan, Aryan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan dan dia perlu segera dipulih dengan menjalani rawatan di pusat pemulihan. Katanya di India terdapat banyak pusat pemulihan dadah milik kerajaan atau swasta.

Tambah Ramdas, jika Aryan dihukum, penjara bukan tempat dia sepatutnya ditahan, sebaliknya dia perlu ditahan di pusat pemulihan milik kerajaan.

Ramdas juga berpendapat perlu ada undang-undang baharu, di mana mereka yang terbabit dalam dadah bukan di penjara, sebaliknya dihantar ke pusat pemulihan.

/

Ramdas memberi saranan ketika diwawancara oleh ANI.


Aryan masih ditahan di Penjara Arthur Road, Mumbai, sementara menanti perbicaraan di mahkamah. Dia juga bakal merayakan Hari Deepavali pada  4 November 2021 ini dalam penjara.

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober 2021. NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan wang tunai lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha. - KitaReporters


16
16
0
14
0
You will be interested