Seni & Sukan 01 May, 2021

Berita Terkini| Kereta terbabas, terjunam, terbakar di SKVE! 4 rentung! Mayat belum dikenal pasti

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

MAYAT yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat daripada kereta yang terbakar.


EMPAT individu ditemukan rentung selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke bawah laluan bertingkat (flyover) Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) sebelum terbakar di Jalan Teratai, Batu 10, Kampung Kebun Bharu, Teluk Panglima Garang di Klang, pada awal pagi Sabtu, 1 Mei 2021.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa terlibat belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat yang rentung.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.11 pagi.

"Sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta Mercedes Benz yang terjatuh dan terbabas ke bawah laluan bertingkat (flyover) lebuh raya berkenaan.

"Selepas selesai memadam kebakaran, kita dapati empat mangsa yang tidak dikenal pasti identiti dan jantina dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam kenyataan media di Klang pada Sabtu 1 Mei 2021.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta terbabit terbakar 100 peratus.

Jelas Norazam lagi, api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 1.50 pagi.

“Anggota yang membuat pemadaman menggunakan aliran hosereel pam jentera dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan pemotong hidraulik,” ujarnya.

Semua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KEADAAN kenderaan jenis Mercedes Benz yang terbakar dan meragut empat nyawa di bawah jejambat Lebuh Raya Lembah Klang Selatan ( SKVE) susur keluar ke Telok Panglima Garang, Klang, Selangor. - Kredit foto: Utusan Online

0
0
2
0
1
You will be interested