Seni & Sukan 11 Jan, 2022

Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia! Kerja baik pulih dan bina baharu rumah telah dimulakan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this



KERAJAAN telah memulakan kerja-kerja baik pulih dan juga bina baharu kediaman mangsa-mangsa banjir di seluruh negara melalui program Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Proses baik pulih dan bina baharu itu dilaksanakan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerja-kerja baik pulih dan bina baharu kediaman mangsa banjir telah dimulakan sejak Sabtu, 8 Januari 2022 lalu di seluruh negara.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bantuan banjir



“Gerak kerja itu dilakukan selepas menerima data mangsa banjir yang terjejas daripada kerajaan negeri dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Setakat ini, data yang diperolehi membabitkan sebanyak 1,879 rumah untuk dibaik pulih dan 156 bina baru. Angka berkenaan kemungkinan bertambah berdasarkan permohonan baharu.

KPLB dan KPKT masing-masing diperuntukkan RM50 juta, jadi peruntukan keseluruhan setakat ini ialah sebanyak RM100 juta bagi baik pulih dan bina baharu rumah bangsa banjir,” katanya. 

Mahdzir berkata, kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan untuk baik pulih rumah dan RM56,000 bagi kos bina baharu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.



Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, KPKT akan bertanggungjawab bagi rumah-rumah kategori bandar di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala KPLB di kawasan luar bandar.

“Setakat ini, terdapat 8,257 jumlah rumah yang terjejas akibat banjir di mana 118 adalah pembinaan baharu manakala, 8,139 baik pulih. Angka-angka ini bersifat dinamik dan dijangka bertambah memandang masih ada negeri yang dilanda banjir.” Katanya.

Malah, proses baik pulih rumah dijangka mengambil masa sehingga dua minggu manakala, bagi bina baharu pula mengambil masa empat hingga enam bulan

“Bagi bina baharu, ia melibatkan pembinaan rumah sahaja tanpa kelengkapan dalaman,” katanya. - KitaReporters


14
8
0
9
0
You will be interested