Seni & Sukan 25 Jul, 2023

Video| Akhirnya tercapai jugak! Bell Ngasri dapat kereta! Peminat sedia hadiahkan! Pendengar Hot FM!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Sejak beberapa edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), pemenang anugerah utama iaitu ‘Bintang Paling Popular’ diberikan hadiah tambahan iaitu sebuah kereta dari pihak penaja. 

Terdapat insan seni memiliki beberapa kereta jenama berbeza kerana menjuarai kategori utama ini beberapa kali.

Tetapi memasuki ABPBH edisi ke-35, hadiah tambahan itu tiada. Sedangkan rekod undian yang diterima oleh Bell Ngasri (Nasrizal Ngasri), 42, mencatat rekod baru iaitu memperoleh 21.9 juta undi mengikut Wikipedia ABPBH.

Penganjur utama hanya memberikan hadiah tambahan iaitu pakej mengerjakan umrah.

Ramai yang mempertikai mengapa penganjur Berita Harian tidak menyediakan hadiah tambahan iaitu kereta bagi memperlihat gahnya kategori itu.


Bell Ngasri reda apabila tidak menerima hadiah tambahan berupa kereta seperti lazimnya. Ini kerana apa yang penting baginya ialah menerima anugerah Bintang Paling Popular setelah 37 tahun terbabit dalam bidang seni sejak zaman kanak-kanak.

Bagaimanapun hasratnya untuk memiliki kereta sebagai hadiah kemenangan tercapai ketika muncul sebagai tetamu dalam program Bekfes Hot FM pada Isnin, 24 Julai 2023.

Dalam program itu salah seorang DJ Hot FM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) iaitu bekas Menteri Kesihatan, meminta sesiapa  yang sedia menjadi penaja untuk memberi kereta kepada Bell. 



Tidak lama selepas itu konti Hot FM menerima panggilan daripada seorang pendengar.

Lelaki  yang dikenali sebagai Fendi yang merupakan kenalan dan peminat Bell bersedia untuk memberi sebuah kereta kepada Bell.

Fendi yang merupakan seorang pemilik syarikat kereta re-cond di Jalan Ampang, Kuala Lumpur akan menyerahkan sebuah kereta. Kereta itu menjadi hadiah bersama Fendi dan isterinya yang merupakan seorang usahawan bidang kosmetik.

Tanpa menyatakan jenis kenderaan yang akan diberi, Fendi meminta Bell datang ke showroomnya untuk mengetahui jenis kereta yang bakal dimilikinya. Namun Bell bersyukur menerima hadiah itu.


Fara Fauzana dan KJ menemu bual Bell dan turut mempamerkan piala yang dimenangi dalam konti

Kemunculan Bell di konti Hot FM membuat studio gamat bersama keempat-empat DJ Bekfes Hot FM iaitu Johan, AG, Fara Fauzana dan KJ. 

Ibunya, Habibah Jaafar turut diwawancara. Turut hadir adik-adiknya Darling Ngasri (Nasreen) dan Anne Ngasri (Datin Nazriah Ngasri). Turut diundang ialah pengarah/pelakon Aziz M Osman.

Dalam majlis itu Bell diberi hadiah berupa botol susu, sementara ibunya menerima jambangan bunga dari pihak Hot FM.

Bell turut membawa sejumlah nasi lemak bungkus dan dan teh tarik untuk kakitangan Hot FM dan tetamu dalam konti. - KitaReporters

Bell menerima hadiah istimewa termasuk satu botol susu dari Hot FM

9
11
0
9
0
You will be interested