.
Menunaikan zakat adalah perkara wajib bagi umat Islam yang berkemampuan. Ia merupakan Rukun Islam yang ke-4.
Namun masih ada umat Islam yang kurang peka dalam soal bayaran zakat. Ramai yang menganggap zakat hanya melibatkan zakat fitrah yang dibayar sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Sedangkan terdapat zakat harta juga perlu dijelaskan jika cukup haul.
Ia meliputi zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan, pelaburan, KWSP, emas dan perak, takaful, padi, qada dan terbaharu mata wang kripto dengan jumlahnya 2.5 peratus daripada pendapatan.
Lembaga zakat setiap negeri melakukan pelbagai usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menunaikan zakat.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada Khamis, 19 Disember 2024 melakukan majlis penerimaan zakat daripada badan korporat atau individu tertentu serta penyerahan kepada pihak tertentu.
Majlis yang berlangsung di Wisma PKPS Shah Alam itu dikenali sebagai Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ).
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor, Datuk Prof Madya Dr Miszairi Sitiris dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.
Pada majlis itu, LZS menerima serahan zakat perniagaan daripada 47 syarikat yang jumlahnya sebanyak RM21,992.075.15 (RM21.992 juta).
Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Shahida Mohd Rashid menunjukkan cek contoh bayaran zakat berjumlah RM1 juta.
Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut menyerahkan zakat perniagaan bernilai RM1 juta
Turut menyumbang ialah pasangan pelakon Aeril Zafrel, 36, dan Wawa Zainal, 32 serta Syarikat Wawa Global Sdn. Bhd milik mereka.
Langkah para selebriti ini patut menjadi ikutan teman selebriti dan insan seni lain yang culas menunai zakat walaupun mempunyai pendapaan lumayan daripada kegiatan seni malah mempunyai perniagaan sendiri.
Sementara itu menurut Mohd Sabirin, Lembaga Zakat Selangor (LZS) merekodkan kutipan zakat berjumlah RM844 juta membabitkan 322,000 pembayar zakat termasuk individu dan syarikat korporat sepanjang tahun 2024.
Tambah Mohd Sabirin daripada jumlah itu, zakat perniagaan menjadi penyumbang utama dengan kutipan sebanyak RM176 juta yang diterima dari Januari hingga November 2024. - KitaReporters
/
Antara penyumbang zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor. - Foto: IG aliffsyukriterlajaklaris