Seni & Sukan 13 Nov, 2024

Antiklimaks betul! JDT bakal jumpa Terengganu! Laluan Selangor FC getir! Piala Malaysia 2024-2025!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

CARTA keputusan undian Piala Malaysia Ke-98, 2024-2025. - Kredit foto: MFL


BAGAIKAN buku bertemu ruas untuk menggambarkan undian saingan bola sepak Piala Malaysia 2024-2025 yang dijalankan oleh badan pengurus pertandingannya, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada 11 November 2024.

Sepatutnya perumpamaan Melayu ini tiba untuk menepati status perlawanan akhir seperti musim 2023 tetapi si juara bertahan dan naib juaranya berkemungkinan bertembung pada separuh akhir, sekali gus mencipta 'antiklimaks'.

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mendakap Piala Malaysia keempatnya setelah menumpaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 8 Disember 2023.

Sebaliknya agak melegakan ialah naib juara Piala FA 2024, Selangor FC yang dibaham JDT FC 6-1 pada perlawanan akhir saingan kalah singkir 24 Ogos 2024 itu juga di Bukit Jalil, apabila terpisah dengan Sang Harimau Selatan sehingga mungkin di pentas finalnya.


PIALA Malaysia diperkenalkan pada 1967 bagi menggantikan Piala HMS Malaya/Malaya yang dipertandingkan dari 1921 hingga 1966. - Kredit foto: MFL


Aksi Piala Malaysia edisi ke-98 (juga disebut Piala Malaysia Unifi 2024-2025) yang berformat kalah singkir timbal balik sepenuhnya ini dijadualkan bermula pada 20 November 2024 dan dijangka berakhir pada April 2025, lapor laman sesawang rasmi MFL. 

Undian pertandingan bola sepak antara tertua di Asia ini disempurnakan oleh bek tengah dan penjaga gol kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah dan Azmin Azram Aziz yang masing-masing pernah menjuarainya bersama Negeri Sembilan (2011) dan Selangor (2002).

Undian pusingan pertama Piala Malaysia menjodohkan pendahulu Liga Super 2024, JDT FC hanya dengan kelab Liga A1 Semi Pro 2024 (dulunya Liga M3 atau Liga FAM), KL Rovers FC.

Menanti Tim Hector Bidoglio dalam suku akhir ialah antara Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC yang pernah menumbangkan JDT FC 2-0 dalam final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional.

Begitu juga Terengganu FC yang dijangka tidak bermasalah berdepan pendahulu Liga A1 Semi Pro, Melaka FC dalam pusingan sama sebelum laluannya agak getir jika melayan sama ada Negeri Sembilan FC atau PDRM FC dalam suku akhir. 


AZMIN Azram Aziz (kiri) menayangkan kertas undian yang bernama Kelantan Darul Naim FC sambil diperhatikan oleh Norhafiz Zamani Misbah dalam majlis ringkas undian Piala Malaysia 2024-2025. - Kredit foto: MFL


Selangor FC (sebelumnya Selangor) yang kekal dengan reputasi juara terbanyak 33 kali, walau bagaimanapun dihadapkan laluan agak perit oleh lawan sepadan Liga Super, Sri Pahang FC seawal pusingan pertama lagi. 

Malah rintangan suku akhir Piala Malaysia 2024-2025 yang bakal lebih besar menanti Gergasi Merah yang baru kehilangan pengendalinya, Nidzam Jamil sekiranya Perak FC melepasi Kelantan Darul Naim FC dan Sabah FC pula menjejak separuh akhir.  

Sabah FC atau dijuluki Sang Badak kendalian bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee seperti mana JDT FC dan Terengganu FC, tidak sesekali rela diaibkan sebuah lagi kelab Liga A1 Semi Pro, Putrajaya Athletic FC dalam pusingan pertama.

Pemenang pertemuan ini akan menghadapi Penang FC atau Kuching City FC dalam suku akhir dengan format pertandingan turut menetapkan lapan pasukan yang kandas peringkat 16 pasukan Piala Malaysia ini, akan terus bersaing demi Piala Pencabar MFL 2024-2025. - KitaReporters


JDT FC girang berpesta dengan kejuaraan Piala Malaysia 2023 setelah menumpaskan Terengganu FC 3-1. - Kredit foto: JDT 


SENARAI KEPUTUSAN FINAL PIALA HMS MALAYA/MALAYA/MALAYSIA:

Tahun | Juara | Naib Juara | Gelanggang 

1921 Singapura 2 Selangor 1 Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur

1922 Selangor 3 Singapura 2 Kuala Lumpur

1923 Singapura 2 Perak 1 Kuala Lumpur

1924 Singapura 1 Selangor 0 Kuala Lumpur

1925 Singapura 2 Selangor 1 Stadium Jalan Anson, Singapura

1926 Perak 1 Singapura 0 Kuala Lumpur

1927 Selangor 8 Singapura 1 Kuala Lumpur

1928 Selangor 2 Singapura 2 (juara bersama) Kuala Lumpur

1929 Selangor 2 Singapura 2 (juara bersama) Stadium Jalan Anson, Singapura

1930 Singapura 3 Selangor 0 Stadium Jalan Anson, Singapura

1931 Perak 3 Singapura 1 Kuala Lumpur

1932 Singapura 5 Selangor 3 Kuala Lumpur

1933 Singapura 8 Selangor 2 Stadium Jalan Anson, Singapura

1934 Singapura 2 Pulau Pinang 1 Kuala Lumpur

1935 Selangor 2 Singapura 0 Kuala Lumpur

1936 Selangor 1 Singapura 0 Stadium Jalan Anson, Singapura

1937 Singapura 2 Selangor 1 Kuala Lumpur

1938 Selangor 1 Singapura 0 Stadium Jalan Anson, Singapura

1939 Singapura 3 Selangor 1 Kuala Lumpur

1940 Singapura 2 Kedah 0 Kuala Lumpur

1941 Singapura 3 Pulau Pinang 1 Kuala Lumpur

1942–1947 - Tidak dipertanding kerana Perang Dunia Kedua–

1948 Negeri Sembilan 2 Selangor 1 Padang Institusi Victoria, Kuala Lumpur

1949 Selangor 3 Tentera Darat & Laut 2 Padang Ibu Pejabat Daerah Malaya, Kuala Lumpur

1950 Singapura 2 Pulau Pinang 0 Padang Ibu Pejabat Daerah Malaya, Kuala Lumpur

1951 Singapura 6 Perak 0 Padang Ibu Pejabat Daerah Malaya, Kuala Lumpur

1952 Singapura 3 Pulau Pinang 2 Padang Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh, Perak

1953 Pulau Pinang 3 Singapura 2 Padang Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh, Perak

1954 Pulau Pinang 3 Singapura 0 Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur

1955 Singapura 3 Kelantan 1 Stadium Jalan Besar, Singapura

1956 Selangor 2 Singapura 1 Stadium Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur

1957 Perak 3 Selangor 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1958 Pulau Pinang 2 Singapura 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1959 Selangor 4 Perak 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1960 Singapura 2 Perak 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1961 Selangor 4 Perak 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1962 Selangor 1 Pulau Pinang 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1963 Selangor 6 Pulau Pinang 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1964 Singapura 3 Perak 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1965 Singapura 3 Selangor 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1966 Selangor 1 Angkatan Tentera 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1967 Perak 2 Singapura 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1968 Selangor 8 Pulau Pinang 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1969 Selangor 1 Pulau Pinang 0 Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

1970 Perak 2 Kelantan 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1971 Selangor 3 Perak 1 Stadium Perak, Ipoh

1972 Selangor 3 Perak 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1973 Selangor 2 Terengganu 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1974 Pulau Pinang 2 Perak 1 Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

1975 Selangor 1 Singapura 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1976 Selangor 3 Singapura 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1977 Singapura 3 Pulau Pinang 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1978 Selangor 4 Singapura 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1979 Selangor 2 Singapura 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1980 Singapura 2 Selangor 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1981 Selangor 4 Singapura 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1982 Selangor 1 Terengganu 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1983 Pahang 3 Selangor 2 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1984 Selangor 3 Pahang 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1985 Johor 2 Wilayah Persekutuan 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1986 Selangor 6 Johor 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1987 Kuala Lumpur 1 Kedah 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1988 Kuala Lumpur 3 Kedah 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1989 Kuala Lumpur 2 Kedah 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1990 Kedah 3 Singapura 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1991 Johor 3 Selangor 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1992 Pahang 1 Kedah 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1993 Kedah 2 Singapura 0 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1994  Singapura 4 Pahang 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1995 Selangor 1 Pahang 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1996 Selangor 0 Sabah 0 (penalti 5–4) Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1997 Selangor 1 Pahang 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

1998 Perak 1 Terengganu 1 (penalti 5–3) Stadium Nasional, Bukit Jalil 

1999 Brunei 2 Sarawak 1 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

2000 Perak 2 Negeri Sembilan 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2001 Terengganu 2 Perak 1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2002 Selangor 1 Sabah 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2003 MPPJ 3 Sabah 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2004 Perlis 1 Kedah 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2005 Selangor 3 Perlis 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2006 Perlis 2 Negeri Sembilan 1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2007 Kedah 3 Perak 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2008 Kedah 3 Selangor 2 Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2009 Negeri Sembilan 3 Kelantan 1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2010 Kelantan 2 Negeri Sembilan 1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2011 Negeri Sembilan 2 Terengganu 1 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2012 Kelantan 3 Angkatan Tentera 2 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2013 Pahang 1 Kelantan 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2014 Pahang 2 Johor Darul Ta'zim 2 (penalti 5–3) Stadium Nasional, Bukit Jalil

2015 Selangor 2 Kedah 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2016 Kedah 1 Selangor 1 (penalti 6–5) Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2017 Johor Darul Ta'zim 2 Kedah 0 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2018 Perak 3 Terengganu 3 (penalti 4–1) Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor

2019 Johor Darul Ta'zim 3 Kedah 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2020 - Dibatalkan kerana Covid-19

2021 Kuala Lumpur City FC 2 Johor Darul Ta'zim FC 0 Stadium Nasional, Bukit Jalil 

2022 Johor Darul Ta'zim FC 2 Selangor FC 1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

2023 Johor Darul Ta'zim FC 3 Terengganu FC 1 Stadium Nasional, Bukit Jalil

9
17
0
14
0
You will be interested