Seni & Sukan 24 Nov, 2025

Video| Bijak! Bijak! Speaker jadi mas kahwin! Bukan wang atau barang kemas! Buat bisnes sewaan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Kebiasaannya mas kahwin berbentuk wang atau barang kemas. Namun perkahwinan yang satu ini agak unik. Mas kahwinnya bukannya wang atau barang kemas, sebaliknya dua pembesar suara (loud speaker).


Ia berlaku dalam pernikahan pasangan Choirul Ricky Angkoso, 39, warga Desa Bulukandang, Kecamatan Prigen, Kabupaten Pasuruan di Jawa Timur dengan Wiwid, 36, iaitu jirannya.

Majlis akad nikah yang berlangsung pada 7 November 2025 di Kantor Urusan Agama (pejabat agama) atau KUA Prigen ini menimbulkan kejutan kepada para hadirin dan tular setelah video yang dirakam oleh Instagram @kua_prigen dan dimuat naik beberapa media sosial lain.


Akad nikah dijalankan setelah speaker dan harganya disahkan

Sehari selepas itu, rumah pasangan suami isteri ini dikunjungi sejumlah petugas media cetak untuk sesi interbiu. 

Rupa-rupanya Choirul adalah pengusaha barangan elekrik dan membuat sewaan peralatan sistem bunyi (sound system) untuk majlis perkahwinan dan acara hiburan.

Memandangkan bakal isteri adalah jiran, tiada masalah untuk mereka berbincang mengenai mas kahwin yang hendak diberi. 

Wiwid cuba membuat kelainan dengan mencadangkan mas kahwinnya ialah dua pembesar suara (loud speaker).


Pasangan pengantin Choirul Ricky Angkoso dan Wiwid gembira setelah diakad nikah

Dan setelah mendapatkan speaker itu, dia akan memulakan perniagaan sewa speaker untuk majlis perkahwinan dan acara hiburan seperti yang telah dilaku oleh suaminya.

Sebagai pengusaha barangan elektrik, tiada masalah bagi Choirul untuk memenuhi permintaan bakal isterinya itu. 




Menurut salah seorang pegawai KUA, Fahrur Rodji, sebelum majlis akad dijalankan, mereka perlu memastikan speaker dan harganya. 

Setelah dipastikan bahawa loudspeaker Sound Queen 18 Inci itu masih baharu dan ada resit yang mencatat harga Rp4 juta (kira-kira RM1,000). 

Choirul turut memberi seperangkat (set) alat solat.



Berita yang sudah tular itu mendapat sokongan daripada sejumlah netizen dan berharap perkahwinan kekal sehingga akhir hayat. - KitaReporters


10
20
0
12
0
You will be interested