Seni & Sukan 18 Dec, 2022

Tanniah! Kampung Budaya Terengganu dan Primula Beach Hotel terima anugerah MATA! Beri imej positif!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kampung Budaya Terengganu


KAMPUNG Budaya Terengganu mencatat sejarah apabila terus mendapat pengiktirafan dalam industri pelancongan apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Program Pelancongan Kebudayaan Terbaik oleh Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Santai Travel Magazine.

Perkampungan tersebut yang terletak di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, sebelum ini menerima Anugerah Emas, kategori pusat pelancongan kebudayaan baharu, sempena Majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia di Sarawak pada 22 Oktober 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kampung Budaya Terengganu


Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak


Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, anugerah tersebut merupakan anugerah kedua yang diterima oleh Kampung Budaya Terengganu dalam masa tiga bulan. 

Turut menerima anugerah adalah Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu (Program Pelancongan Pendidikan Terbaik), Primula Beach Hotel (Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel) dan Summer Bay Lang Tengah Island Resort (Aktiviti Pelancongan Resort Pulau Terbaik).



Anugerah tersebut telah disampaikan pada majlis gilang gemilang Malaysia Tourism Industry Award (Anugerah Industri Pelancongan Malaysia) di Royale Chulan Kuala Lumpur pada 16 Disember 2022. 

Katanya, sebanyak 60 anugerah telah disampaikan kepada individu, agensi kerajaan dan penggiat industri pelancongan dan perhotelan pada majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Dr Ong Hong Peng. 


Pintu masuk ke Perkampungan Budaya Terengganu


Pada majlis sama  Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu menerima pengiktirafan 'Best 4 Star Eco Green Beach Front Hotel'

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan pertama yang berjaya diperolehi Primula setelah hampir 40 tahun bertapak dalam industri pelancongan di Terengganu. 

Katanya, anugerah tersebut juga secara tidak langsung menjadi motivasi kepada seluruh penggiat industri pelancongan dan hospitaliti untuk lebih berdaya saing saat mengharungi detik sukar semasa pandemik dan terus bertahan dalam situasi paling mencabar itu.

"Sekali gus memberi semangat untuk kami bekerja dengan lebih gigih lagi dalam mempromosikan perniagaan pelancongan sekali gus mewujudkan imej positif negeri di Malaysia dan juga peringkat Antarabangsa," katanya. - KitaReporters


Kakitanga Primula Beach Hotel menjulang Anugerah MATA


 

 

14
11
1
8
0
You will be interested