Seni & Sukan 29 Sep, 2023

Video| Artis popular pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke? Jasmin Hamid rengsa sikap segelintir pihak!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Jasmin menjalani pembedahan kecil di rahim bagi mengurangkan risiko kanser.


Pelakon serba boleh, Jasmin Hamid salah seorang pelakon yang popular dan mempunyai peminat setia. Penglibatannya dalam lakonan bukan baru sehari dua tetapi sudah puluhan tahun. Dia boleh dikategorikan sebagai pelakon senior yang masih relevan hingga ke hari ini.

Pada pertengahan September 2023 lalu, pelakon tinggi lampai ini telah menjalani pembedahan kecil bagi mengurangkan risiko kanser pada bahagian rahim.

Beberapa minggu selepas pembedahan tersebut, Jasmin kembali sihat dan bekerja seperti biasa. Malah, dia berkongsi aktiviti dan pekerjaannya untuk tatapan peminat dalam Instagram.



Namun, perkongsian terbaharunya pada 28 September 2023 dalam Instagram sedikit sebanyak mendapat perhatian. Lumrah hidup sebagai figura umum, apa jua tindak tanduknya akan mendapat reaksi.

Menurut Jasmin dia hairan dengan sikap segelintir pihak yang suka memandang serong apabila artis menggunakan kenderaan lama untuk ke sana sini. Dalam kenyataan yang dikongsi itu, Jasmin kelihatan berduaan bersama suaminya dalam sebuah kereta jenama Proton Wira miliknya yang diberi nama Bobob.

Menurut Jasmin, kereta tersebut adalah kereta kesayangannya. Dia melahirkan rasa gembira kerana kereta tersebut dapat digunakan semula setelah beberapa tahun tersadai.



Namun apa yang menyedihkan, jelas Jasmin dia pernah mendengar dengan telinganya sendiri ada pihak yang mempersoal statusnya kerana menggunakan kereta lama sedangkan dia seorang artis popular. 

“Alhamdulillah my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob. Apabila saya bawa Bobob jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya.

"Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke? Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. 

"Kenapa ekkk??? Haram ke pakai Wira lama ni? Kereta buruk? Saya ok je pakai Wira lama. Yang awak pulak rasa allergy dah kenapa? Biarlah,” tulisnya.


Menurut Jasmin, kereta ini banyak memberikannya kenangan.


Tambah Jasmin lagi, walaupun kereta lama dan buruk, tetapi dia selesa menggunakannya. Ditambah pula kereta tersebut mempunyai kenangan kepada dirinya.

“Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value pada saya. Kepada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke? Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit Bobob nak lalu ni,” katanya sinis.

Sementara itu, para pengikutnya dalam Instagram turut menyokong kata-kata Jasmin. Menurut mereka, pedulikan cakap orang yang penting diri gembira.


Peminat setia Jasmin setuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelakon tersebut.

17
13
0
13
0
You will be interested