Seni & Sukan 19 Oct, 2022

Video| Siti Nordiana ambil masa 5 tahun untuk pikat M Nasir! Akhirnya diberi lagu Menyantun Kasih!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Penyanyi Siti Nordiana Alias, 37, yang lebih mesra dipanggil Nana mengambil masa lima tahun untuk memikat komposer ternama Datuk M Nasir untuk memberi lagu ciptaannya.

Usaha Siti Nordiana itu berbaloi dan kini dia berpuas hati dengan lagu 'single' yang dihasilkan oleh M Nasir berjudul ‘Menyantun Kasih’ dengan liriknya ditulis oleh Keon Omar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Siti Nordiana

Siti Nordiana memikat M Nasir akhirnya berjaya


Kali pertama Nana meminta lagu daripada M Nasir (Mohamad Nasir Mohammed), 65, ialah pada tahun 2017 tetapi tidak dilayan oleh pencipta ternama ini. 

Nana tidak kecewa dan terus menanti. Akhirnya M Nasir terbuka hati untuk memberikan lagu untuk dinyanyikan oleh Nana beberapa bulan lalu

Tambah Nana, M Nasir mengujinya dengan mengatakan bolehkah menyanyi lagu ciptaannya. Nana menjawab pantas bahawa dia mampu. 



Siti Nordiana puas hati dengan lagu ciptaan M Nasir. - Kredit foto: IG sitinordiana


Nana berkata demikian pada Majlis Santai Media Sempena Pelancaran Lagu dan Video Muzik ‘Menyantun Kasih’ di sebuah hotel di ibu negara pada Jumaat, 14 Oktober 2022.

Menurut Nana, dia melalui empat kali proses rakaman antara April hingga Julai 2022 lalu. Setiap sesi antara lima ke enam jam sebelum M Nasir berpuas hati.

Pertama kali bekerja dengan M Nasir, Nana dapat melihat keseriusannya bekerja menyebabkan sampai empat kali dirakam baru komposer ini berpuas hati.

"Memang susah puaskan hatinya. Dia cakap pada saya, suara saya lembut, jadi tak boleh bagi lagu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. 

"Itu yang dia bagi lagu ini sekali dengan gubahan. Memang sangat kena dengan saya," kata Nana.

Klip video ‘Menyantun Kasih’ mula ditayang dalam YouTube dan aplikasi hiburan yang lain sejak Jumaat, 14 Oktober 2022 dan sudah ditonton hampir 200 ribu kali setakat 19 Oktober 2022. - KitaReporters

14
16
0
11
0
You will be interested