Gaya Hidup 19 Sep, 2022

Video| Dah bermula! GV9 buka gelanggang! Peserta tunjuk kebolehan! Minggu depan persaingan sebenar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PROGRAM realiti nyanyian popular Astro Ria, ‘Gegar Vaganza' (GV) musim 9 (GV9) yang dinanti-nanti ramai membuka gelanggang pada Ahad, 17 September 2022. 

Kesemua 13 peserta memperlihatkan kebolehan terbaik masing-masing dengan menyampaikan lagu popular di hadapan tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli Mohd Salleh (MS), Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan Rahimah Rahim.

Penonton di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam terhibur dan memberi tepukan gemuruh untuk persembahan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza


Melihat persembahan para peserta, pengikut GV setiap musim semenjak dari musim pertama pasti bersetuju bahawa GV9 bakal menyaksikan persembahan terhebat.

Ketua juri, Ramli MS bersetuju senarai peserta kali ini adalah yang terbaik dan pelbagai kejutan boleh terjadi. Baginya bukan mustahil peserta bukan pilihan mampu menonjol dan memperoleh keputusan yang baik



Menurut Ramli persaingan sebenar akan bermula pada minggu kedua dan siapa yang akan tersingkir setiap minggu.

Daripada 13 peserta seorang demi seorang akan tersingkir setiap minggu hingga meninggalkan enam peserta pada peringkat akhir.

Persembahan dalam konsert pengenalan  ini seolah-olah memperlihatkan artis mana yang akan memasuki peringkat akhir dan menduduki tiga tempat terbaik.



Jaclyn Victor memperlihatkan kemampuan untuk bergelar juara dan mendapat pujian para juri.

Jaclyn menduduki tangga teratas dengan 88.4 markah. Dia berjaya menewaskan saingan terdekatnya Shila Amzah yang menduduki tangga kedua dengan 85 markah.

Tomok turut memperlihatkan pesaingan hebat dengan berjaya menduduki tangga ketiga, begitu juga dengan Dina Nadzir di tempat keempat.

Empat nama ini diramal akan bersaing sengit pada peringkat akhir nanti.



Persembahan Roy Kapila yang paling diberi tepukan gemuruh ketika membuat persembahan bertenaga lagu popularnya ‘Dikir Rambong’ dengan iringan sejumlah pendikir.

Persembahan Roy Kapilla dianggap paling menghibur dan berjaya menduduki tempat kelima. Jika Roy mampu mengekalkan gaya persembahan dan mutu vokalnya, dipercayai dia mampu ke peringkat akhir.

Apapun, minggu kedua dan seterusnya bermulanya saingan sebenar.

Setiap minggu para artis akan diberi lagu yang di luar genre kebiasaan mereka. Dan di sinilah ujian sebenar peserta untuk menjadi penyanyi pelbagai genre. - KitaReporters



Berikut ialah keputusan markah persembahan episode pengenalan Gegar Vaganza 9:

  1. Jaclyn Victor – 88.4 markah
  2. Shila Amzah - 85.3.
  3. Tomok – 84.14.
  4. Dina Nazir – 83.85.
  5. Bob Yusof – 83.66.
  6. Roy Kapilla – 70.67.
  7. Cat Candy – 68.48.
  8. VE – 67.7 9.
  9. Haida Hasnan – 65.7
  10. Fuad Rahman – 63.711.
  11. Tom – 61.5
  12. Asheed Def Gab C – 61.2
  13. Hazrul Nizam – 56.2


11
16
0
18
0
You will be interested

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

Persaingan sebenar GV9 bermula. Pada minggu ke-2, 13 peserta memperlihat kemampuan masing-masing. Tomok dapat markah tertinggi, Roy Kapilla ucap selamat tinggal
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 5 hours ago

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand ke-48 selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas terikat 0-0
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 16 hours ago

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUN  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago