Seni & Sukan 29 Jul, 2022

Video| Apa punya cikgu da! Tak mahu kena banjir, berjalan di atas kerusi! Dibantu pelajar-pelajar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

"APA punya cikgu!" Akibat melakukan tindakan tidak wajar, guru wanita itu telah digantung tugas

Ia gara-gara sebuah video memaparkan dirinya sedang berjalan di atas kerusi yang disusun oleh pelajar-pelajar ketika banjir, menjadi tular dalam media sosial.

Ramai netizen yang meluahan kemarahan dan mendesak guru wanita itu diberi hukuman sewajarnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru-guru



Menurut laporan India.com, kejadian berlaku di sebuah sekolah di daerah Mathura, Uttar Pradesh, India pada Rabu, 27 Julai 2022.

Menerusi video itu, kelihatan sederet kerusi plastik disusun dari hadapan pintu masuk sehingga hadapan bangunan sekolah, kerana kawasan itu ditenggelami banjir sehingga paras betis.



Beberapa pelajar lelaki dilihat berdiri di dalam kawasan ditenggelami air untuk memegang kerusi plastik agar tidak bergoyang ketika dipijak oleh guru wanita itu.

Sebaik tiba di kawasan yang tidak ditenggelami air, guru tersebut turun dari kerusi dan berjalan seperti biasa.

Sebahagian kawasan pekarangan sekolah tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat.

Setelah video itu tular pihak Jabatan Pendidikan Negeri mengambil tindakan segera dengan menggantung tugas guru wanita itu yang dianggap memberi contoh tidak baik kepada pelajar. - KitaReporters


11
20
0
13
0
You will be interested