Seni & Sukan 24 Jul, 2022

Piala FA 2022: Selagi wisel belum ditiup! Jaringan minit terakhir JDT ranapkan impian Melaka United!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JARINGAN minit terakhir daripada pemain gantian, Bergson da Silva memusnahkan impian Melaka United FC (MUFC) untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan penuh dramatik 2-1 ke atas tuan rumah pada perlawanan suku akhir Piala FA 2022 yang diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka.  

Melaka United turun dengan barisan terkuat mereka di mana penyerang import mereka Ifedayo Olusegun juga dapat melakukan 'debut' dalam perlawanan ini selepas beliau direhatkan dalam perlawanan Liga Super ketika mereka bertembung sebelum ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala FA


Kredit foto-foto: FB JDT, Melaka United Football Club.


Bagaimanapun, JDT terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-4 permainan apabila hantaran daripada pemain sayap mereka, Arif Aiman berjaya disudahkan oleh Hazwan Bakri menerusi satu tandukan cantik untuk meletakkan JDT mendahului permainan.  

Tersentap dengan jaringan itu, Melaka United menyusun kembali corak permainan untuk mencari gol penyamaan. Kedua-dua pasukan terus mempamerkan kualiti permainan yang terbaik dengan berbalas serangan demi serangan. 

Biarpun berlaku sedikit terjahan keras sehingga menimbulkan kemarahan pemain namun pengadil perlawanan berjaya mengimbangi setiap keputusan untuk memastikan perlawanan dapat diteruskan dalam keadaan baik. 



JDT mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol kedua namun aksi tangkas penjaga gol Melaka United, Bryan See patut diberikan pujian kerana berjaya menyelamatkan deretan peluang yang terhidang oleh pemain JDT. 

Melaka United cuba melakukan beberapa serangan dan jaringan penyamaan akhirnya tiba pada minit ke-83 apabila Sony Norde tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menceriakan penyokong tuan rumah.  

Melaka United berpeluang untuk mendahului JDT menerusi Sony Norde sekali lagi bermula dengan satu serangan balas pantas namun beliau gagal menewaskan Farizal Marlias untuk sekian kalinya.  



Perlawanan seperti akan berakhir 1-1 dan Melaka United mula mengendurkan tempo permainan namun ia berbeza dengan JDT yang terus mempertingkatkan serangan biarpun perlawanan hampir tamat dan usaha mereka ternyata membuahkan hasil yang lumayan apabila berpunca daripada satu sepakan sudut yang diambil oleh Nazmi Faiz Mansor berjaya ditanduk masuk oleh Bergson sekali gus merentap keceriaan para pemain Melaka Uited termasuk kesemua penyokong tuan rumah. 

Kemenangan penuh dramatik ini menyaksikan JDT bukanlah pasukan yang mudah menyerlah selagi wisel belum ditiupkan dan ini bukan pertama kali mereka lakukan sebaliknya telah melakukan berkali-kali sama ada pada Liga Malaysia mahupun perlawanan pada peringkat Asia. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB JDT, Melaka United Football Club

10
16
0
18
0
You will be interested