.
Kisah pencintaan antara dua selebriti Malaysia, Riena Diana dan Keith Foo semakin 'bersemut' apabila mereka seperti memberi isyarat bakal membina 'istana' tidak lama lagi.
Hubungan mereka berdua bukanlah lagi rahsia apabila masing-masing dengan terbuka menyatakan perasaan antara satu sama lain dan yang terbaharu, Riena dengan komen melawak tetapi itu bukan mesej serius buat kekasihnya.
"Cepatlah Keith, nak satu macam ini. Tak nak Walid. Janji comel. Cuba korang 'tag' Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat, terima kasih," tulisnya dalam hantaran dalam media sosial.
Seperti dijangka, komen itu mendapat reaksi balas kembali daripada Kieth.
"Tak lama lagi sayang," balasnya.

Jika melihat komen romantik daripada kedua-duanya, sudah pasti mereka mempunyai perancangan semakin hampir untuk disatukan, namun memilih untuk merahsiakan dahulu berita gembira itu kepada peminat.
Meskipun mereka berdua dilihat agak jauh usianya, Riena, 28 tahun, sementara Keith pula 42 tahun, tetapi itu bukan halangan sebenar kerana cinta tidak pernah mengenal usia.
Bagi peminat, mereka juga menantikan khabar gembira daripada pasangan sejoli itu dan sentiasa mendoakan yang terbaik agar urusan mereka untuk disatukan dipermudahkan. - KitaReporters
