Seni & Sukan 19 Aug, 2025

Gerenti riuh! Ada Riuh x ASEAN 2025, Riuh x ASEAN Marketplace, Riuh Gallery! Juga FrequenSEA!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this



Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures bakal menganjurkan Riuh x ASEAN 2025, acara kreatif terbesar di Asia Tenggara bermula dari 17 hingga 26 Oktober 2025.  

Inisiatif berskala besar ini bukan sahaja membuka ruang kerjasama rentas negara yang menjana peluang baharu dalam komuniti kreatif dan usahawan serantau,  malahan menghimpunkan elemen seni, kreativiti, muzik dan keusahawanan dari  Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN.

Ini, menurutnya, bertepatan dengan visi ASEAN 2025  yang menekankan perpaduan, keterangkuman dan kelestarian. 

Salah satu komponen utama, Riuh x ASEAN Marketplace akan diadakan bermula dari 22 hingga 26 Oktober 2025 di Kuala Lumpur yang membawakan lebih 200 jenama dan 100 vendor makanan dan minuman dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia  dan Filipina. 

Turut serta, lebih 40 persembahan pentas, 30 bengkel interaktif dan 20 pengaktifan kreatif iaitu platform sesi jaringan industri para usahawan dan penggiat kreatif dari pelbagai negara. 



Penyertaan kepada pengusaha jenama tempatan  akan dibuka bermula dari 1 September hingga 1 Oktober 2025.  

Selain itu, aktiviti pop-up “Riuh Gallery” bermula pada 1 Oktober 2025 (tertakluk kepada  tarikh-tarikh khusus yang akan diumumkan) di lokasi strategik di sekitar Lembah Klang merangkumi persembahan muzik indie, komedi, sesi sastera, puisi (spoken word) serta pameran seni visual. 

Inisiatif ini memberi ruang kepada bakat tempatan untuk  berkarya dan berinteraksi dengan khalayak. 

Turut diperkenal FrequenSEA, persidangan muzik ASEAN julung-julung kalinya diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2025 di Kuala Lumpur. 

Persidangan percuma  dan terbuka untuk orang ramai ini menyasarkan lebih 200 peserta termasuk pemuzik,  penerbit, pencipta kandungan dan pemimpin industri bagi membincangkan masa  depan industri muzik Asia Tenggara. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
9
0
13
0
You will be interested