Nafsu tidak mengenal usia. Dan penzinaan terjadi melibatkan seorang nenek berusia 83 tahun dinamakan sebagai F dengan pemuda berusia 40 tahun dinamakan sebagai Z.
Akibat kesalahan itu, si nenek dan pemuda itu dijatuhi hukuman sebat sebanyak 100 kali. Kesalahan dilaku di rumah nenek itu di Kecamatan Peukan Baro, Pidie, Aceh.
Pasangan itu mengaku sudah melakukan hubungan seks beberapa kali sejak menjalin hubungan, menurut laporan media Serambi Indonesia.
Kekerapan Z berkunjung ke rumah F menimbulkan syak wasangka seorang penduduk kampung. Dia lalu membuat intipan pada 20 Oktober 2023, kira-kira jam 8 malam dan perkara sumbang itu dilapor kepada Kepala Desa.
Kedua-duanya dibawa ke pejabat Kepala Desa dan kedua-duanya membuat pengakuan itu selepas dilapor kepada polis syariah.
Gambar hiasan
Acheh merupakan satu-satunya daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam termasuk hukuman sebat.
Kedua-duanya menjalani beberapa perbicaraan di Mahkamah Syariah Sigli. Dan pada Khamis, 21 Disember 2023, Ketua Hakim menjatuhkan hukuman sebat 100 kali bagi kedua-dua pesalah.
Hakim juga mengarahkan kedua-dua ditahan di penjara sebelum hukuman sebat dijalankan.