Seni & Sukan 01 Dec, 2022

Video| Australia wakil pertama Asia ke pusingan kalah mati! Tundukkan Denmark 1-0! Bertemu Argentina!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


KEMENANGAN ke atas Denmark membolehkan Australia menjadi wakil pertama Asia dapat mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2022 pada 30 November 2022.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan D yang berlangsung di Stadium Al Janoub menjadi saksi kejayaan wakil Asia apabila jaringan tunggal Mathew Leckie pada minit ke-60 sudah cukup untuk mengiringi Perancis ke pusingan seterusnya


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Aksi separuh masa pertama berlangsung tanpa jaringan dan kedua-dua pasukan kelihatan bermain lebih berhati-hati. 

Terdapat beberapa percubaan berbahaya namun penjaga gol kedua-dua pasukan tiada masalah untuk menepis keluar bagi menyelamatkan pintu gol mereka. 

Namum sebaik babak kedua bermula, kedua-dua pasukan mula mempamerkan permainan lebih laju dan serangan lebih berbahaya untuk mendapatkan jaringan pertama. 



Biarpun tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan ke pusingan seterusnya tetapi nasib lebih memihak kepada Australia dan mengecewakan wakil Eropah itu. 

Kali terakhir skuad ini mara ke pusingan kalah mati adalah ketika temasya Piala Dunia pada edisi 2006. Moga akan ada beberapa wakil Asia yang lain juga mampu ikut jejak Australia. 

Lawan Australia pada pusingan 16 terakhir adalah satu lagi pasukan terkuat dan pilihan juara edisi kali ini, Argentina. Mereka dijadualkan akan bertemu pada 4 Disember 2022 untuk merebut slot ke suku akhir. - KitaReporters


15
4
0
13
0
You will be interested