Seni & Sukan 25 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Switzerland mula langkah kanan! Tundukkan Cameroon 1-0! Gol Breel Embolo!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


JARINGAN tunggal Breel Embolo pada awal separuh masa kedua memastikan Switzerland mencatat kemenangan pertama dalam aksi pembukaan kumpulan G Piala Dunia 2022

Kemenangan 1-0 ke atas Cameroon sudah cukup untuk mereka mencatat tiga penting bagi membuka laluan ke pusingan kedua lebih baik. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Switzerland lebih menguasai permainan namun dilihat mengalami kesukaran dalam menjaringkan gol apabila pertahanan Cameroon bertindak cemerlang.  

Cameroon yang lebih berbahaya ketika menyerang hampir beberapa kali untuk meledak jaringan namun ketangkasan penjaga lawan membuatkan Cameroon terpaksa berputih mata. 

Tempoh 45 minit pertama, perlawanan agak kurang menghiburkan apabila bola lebih banyak bermain di kawasan tengah padang dan ketika menyerang, kedua-dua pasukan mudah hilang bola. 



Namun kedudukan ini berubah sebaik bermula separuh masa kedua dan Switzerland tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringn pertama menerusi Embolo pada minit ke-47. 

Jaringan ini memberi tonik tambahan buat para pemain apabila mereka terus menyerang dan mempunyai beberapa peluang terbaik tetapi ketumpulan barisan hadapan merugikan pasukan mereka. 

Tersentak jaringan itu, Cameroon melakukan seidkit perubahan taktikal dan memasukan beberapa pemain baharu untuk mencari gol penyamaan namun Switzerland cekal dalam bertahan untuk memastikan gawang mereka terus terjaga dari dibolosi. 

Kedudukan ini kekal sehingga tamat perlawanan dan Switzerland memerlukan satu lagi kemenangan untuk menempah ke pusingan 16 terakhir. - KitaReporters


Kredit foto: FIFA

7
18
0
12
0
You will be interested