Seni & Sukan 21 Aug, 2022

Video| Ambik kau! Nak sangat sambal banyak banyak! Gadis terkedu nasi ayam geprek dibanjiri sambal!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Perkongsian video seorang gadis yang menunjukkan nasi ayam geprek ditempahnya melalui perkhidmatan dalam talian dibanjiri sambal mencuri perhatian orang ramai.

Video tular yang dimuatnaikkan oleh pengguna media sosial bernama @meaisyyy, kelihatan beliau menulis nota tambahan ketika membuat pesanan dalam talian untuk permintaan sambal yang banyak pada ayam beliau.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelbagai masakan



Namun, apa yang mencari tumpuan reaksi beliau ketika mendapat makanan yang telah dihantar menyaksikan ayam geprek itu disaluti dengan sambal cili yang mengikut permintaannya.

“Baru nak rasa seronok tetapi ada menyesal sedikit. Tetap puas hati walaupun takut juga nak makan, sedap,” katanya.



Rata-rata pengguna media sosial turut pelbagai reaksi serta undang tawa mereka setelah melihat perkongsian video tular gadis itu.

“Mesti ulang alik ke tandas nanti,” ujar @Lyn.

“Abang kedai mesti puas hati, kau nak sangat kan sambal banyak, ambil kau,” tulis @nalia.

“Takutnya tengok, meletop perut nanti,” kata @butt3rfly4live. - KitaReporters


9
10
0
10
0
You will be interested