Seni & Sukan 07 May, 2021

Berita Terkini| Lelaki dikompaun RM5k! Pakai gelang pink! Gambar merayau di pasar raya tular!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SEORANG lelaki dikompaun selepas gambarnya memakai gelang merah jambu dan melanggar perintah kuarantin dimuat naik dalam laman Facebook di Raub, Pahang.


GARA-GARA merayau di luar rumah, seorang lelaki yang dipakaikan gelang merah jambu dikompaun RM5,000 selepas gambarnya yang sedang membuat pembayaran di sebuah pasar raya dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan menjadi tular.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, lelaki berkenaan dikenakan kompaun kerana gagal kuarantin di rumah sendiri selepas dipakaikan gelang merah jambu.

“Rentetan satu tangkap layar yang dimuat naik oleh penama Rasyidie Azren dalam laman Facebook Penduduk Raub, penama dalam gambar itu dikompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Alasan lelaki tersebut bahawa dia beranggapan hanya tidak boleh keluar dari kawasan Sungai Ruan dan tidak mendapat penjelasan yang teliti daripada Kementerian Kesihatan selepas memakai gelang supaya tidak keluar rumah,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia pada Jumaat, 7 Mei 2021.

Lelaki itu kemudian dikompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

“Kita memohon orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis jika nampak pelanggaran SOP terutama mereka yang dikenakan tindakan kuarantin.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan orang ramai,” ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

3
1
0
1
3
You will be interested