Gaya Hidup 23 Feb, 2021

Video| PKPB: Rahimah Tanpa Rahim terperangkap di Jertih! Zalfa Zin jual air minuman berperisa

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Pelakon Zalfa Zin melayani pelanggang ketika menjual air di pasar minggu Kuala Besut,Terengganu


PENULARAN pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal 2020 meninggalkan kesan buruk kepada kehidupan harian manusia bukan sahaja masalah kesihatan dan mental malah ramai terkesan sehingga jadi penganggur kerana hilang pekerjaan dan sumber pendapatan

Tidak hairanlah ramai kalangan profesional, artis, selebriti , juruterbang dan pelbagai profesion lain sanggup turun ke lapangan/jalan melakukan apa sahaja pekerjaan yang difikirkan boleh membantu kerjaya diri dan keluarga.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan artis:

https://kitareporters.com/search?search=artis


Zalfa Zin



Selebriti Zalfa Zin adalah antara golongan orang seni yang terkesan dengan penularan pandemik yang sedang dihadapi rakyat negara ini kerana sumber pendapatan yang mengharapkan kerjaya lakonan kini semakin pudar kerana tidak dapat berlakon. 

Zalfa, 28, anak kelahiran Besut, Terengganu kini berada di kampung halamannya di Bandar Jertih sejak sebulan lalu selepas terperangkap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri tersebut.

Sejak itu, dia menjalankan perniagaan menjual air berperisa termasuk air kelapa di sekitar pasar minggu di Besut.

Zalfa yang kini turut menjadi perhatian kerana kemunculannya dalam drama bersiri “Rahimah Tanpa Rahim” yang sedang ditayangkan di stesyen TV3.

Ketika ditemui di pekan nelayan Kuala Besut pada Isnin, 22 Februari 2021, Zalfa berkata, beliau kini menghabiskan masa dengan membantu keluarganya menjual air secara bergerak di sekitar daerah itu.


Aalfa (duduk dua dari kiri) bersama barisan pelakon drama Petri Saadong


“Walaupun berada di kampung halaman sendiri saya tidak kekoh dan malu menjalankan perniagaan ini kerana ia juga sebahagian daripada kerja,” katanya.

Zalfa atau nama sebenar Norzafifah Mohd Zin, bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmod, Besut, mengakui kerjaya lakonan yang disertai sekarang adalah secara bidang terjun dan tidak pernah mendapat latihan atau kursus dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, katanya, minat yang mendalam dalam bidang lakonan menyebabkan beliau kini terjerumus dalam kerjasa seni dan lakonan.


Pelakon dan model, Zalfa Zin


Antara drama yang pernah mengangkat namanya sebagai pelakon ialah Bukan Gadis Biasa, Wasiat Dari Jordan, Putri Saadong, Jalan Sesat Ke Syurga dan Inspektor Baniel.

Bagi peminat drama bersiri TV yang sedang ditayangkan sekarang, Zalfa muncul dengan memegang watak bekas penagih dadah.  

Zalfa juga pernah berlakon dalam Badang, Kampung Drift, Setan Munafik, Volkswagen Kuning dan Ksatria. 



Pembabitan Zalfa dalam kerjaya seni bermula pada 2014  yang menghiasi layar kaca televisyen menerusi drama-drama terkemuka seperti Lara Aishah, Sayangku Kapten Mukhriz, Gerak Khas (Episod Kifirah), Cindai, Bukan Gadis Biasa dan Degup.

Beliau yang juga aktif dalam bidang peragawati dan peragaan (modelling) bekerja dengan ramai pengarah tersohor dan tidak pernah cerewet bila diberi tugas dan tanggungjawab untuk berlakon. - KitaReporters

 

You will be interested

Pengalaman puasa, raya di luar negara! Shila bersyukur atas pengalaman bermakna di Hong Kong

Kahadiran Hari Raya Aidilfitri 2021 ini, Shila berkongsi pengalaman hidupnya di luar negara dan bagaimana beliau luangkan masa semasa Ramadan, raya di Hong Kong

Editor 1 in Gaya Hidup 1 day ago

Berita Terkini| Angkara main mercun bola buatan sendiri! Lelaki 23 tahun hancur tangan kanan!

Seorang lelaki cedera parah termasuk hancur tangan kanan apabila mercun buatan sendiri guna botol cecair vape meletup pada tangannya di Kg Batu Papan Gua Musang
News Editor 1 in Gaya Hidup 16 hours ago

Berita Terkini| Langgar SOP PKP! 11 individu dikompaun RM60k! Berkumpul di rumah tumpangan!

11 orang termasuk pemilik premis dikompaun dengan nilai keseluruhan RM60,000 kerana didapati langgar SOP PKP dengan berkumpul di rumah tumpangan di Kepala Batas
News Editor 1 in Gaya Hidup 17 hours ago

Berita Terkini| Orang kuat Malay Mail sudah tiada! Meninggal dunia selepas mengadu sakit dada!

Ketua Pengarang The Malay Mail, Wong Sai Wan meninggal dunia pada 14 Mei 2021 ketika terima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya selepas mengadu sakit dada
News Editor 1 in Gaya Hidup 17 hours ago

Berita Terkini| Ingkar SOP raya? Polis nafi keluarkan kompaun RM30,000 kepada tuan rumah, tetamu

Polis nafikan gambar tular berkenaan pelaksanaan operasi yang kenakan kompaun sebanyak RM30,000 kepada orang awam atas kesalahan melanggar SOP Aidilfitri 2021
News Editor 1 in Gaya Hidup 19 hours ago