Seni & Sukan 16 Apr, 2020

KLUSTER KAYANGAN "DUDUK DI BILIK MAYAT" JE?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

KEMARAHAN orang ramai terhadap kumpulan yang kini dikenali sebagai "Kluster Kayangan" berterusan, dan pelbagai cadangan serta ulasan telah dikemukakan bagi menjawab soalan: "Tempat apa yang sesuai digunakan sebagai pusat kurantin untuk Kluster Kayangan ini?" Kalau bilik mayat, okey tak? : KitaReporters

Kredit foto: FB @Rumah Ku Syurga Ku


Mesej yang ingin disampaikan kepada orang ramai melalui lukisan. - Kredit FB Artotoise. 


Bagi individu ataupun kumpulan yang baru pulang dari luar negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, mereka perlu dikuarantinkan selama 14 hari bagi memastikan golongan ini benar-benar sihat tanpa membawa sebarang virus COVID-19 dari luar negara, sekali gus mengawal penularan pandemik berkenaan.

Pihak kerajaan sedaya upaya menyediakan yang terbaik kepada golongan ini dari segi tempat tinggal, makanan dan lain-lain lagi, namum begitu ada juga segelintir daripada mereka ini telah menimbulkan kekecohan dengan mengkritik tempat yang disediakan itu tidak 'setaraf' mereka.

Malah ada juga yang sanggup melepaskan kata-kata kesat kepada barisan hadapan ini. 

Frontliners ini bekerja tidak kira waktu dan senyum terus diberikan biarpun lelah tidak terkata tetapi golongan ini seakan-akan menyentap semangat pasukan petugas. 




Video tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat yang mendakwa mereka ini tidak bersyukur dan tidak wajar berbuat sedemikian. 

Golongan ini juga dikenali sebagai golongan kluster kayangan. 

Namum begitu, ada juga dari mereka ini baik serta berbudi bahasa tetapi 'sebab nila setitik, rosak susu sebelanga'.





Oleh demikian, seorang pengguna media sosial yang dikenali Kak Yah Al-Yahya ini memberi cadangan agar golongan kluster kayangan yang tidak bersyukur serta suka memilih ini ditempatkan di satu bilik iaitu bilik mayat


Cadangan yang diberikan oleh Kak Yah Al-Yahya. Kredit fb Kak Yah Al-Yahya.  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=894238121038946&id=100013582987356


Tulisnya lagi, bilik itu dilihat  lebih sesuai kerana penghawa dinding pun sejuk, bilik seorang satu dan tempat tidur juga mesti selesa kepada penghuninya.

Cadangan yang diutarakan oleh Kak Yah ini ternyata telah mendapat sambutan dari netizen dan mereka turut bersetuju tempat itu dijadikan tempat tinggal untuk kluster kayangan yang terlalu meminta. 





Pada saat negara kita sedang 'berperang' melawan makluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini, kita sebagai rakyat haruslah beri kerjasama dan sentiasalah bersyukur apa yang diberikan

Sikap terlalu meminta-minta akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak khususnya "tentera bawang atau Jabatan Netizen" Malaysia. - KitaReporters

2
0
1
1
0
You will be interested