Elizabeth Tan, 28, yang lebih dikenali sebagai Lissy adalah adalah penyanyi dan pelakon yang gemar melakukan aktiviti lasak.
Kegiatan lasaknya banyak ditonjolkan dalam drama dan filem lakonannya. Antaranya dalam drama bersiri Gerak Khas Undercover di TV3 tidak lama dahulu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Elizabeth Tan
Namun Lizzy atau nama sebenarnya, Tan Su Mei mempunyai ketakutan pada ketinggian dan kegelapan. Mujur dia mengikuti satu rombongan pendaki yang memberi kerjasama padu.
Walau bagaimanapun dia mempunyai semangat kental untuk mencapai puncak Gunung Kinabalu.
Lizzy tanpa malu-malu menceritakan bahawa dia menangis berjam-jam kerana takut serta mengakui ia perkara paling mencabar pernah dilakukannya.
/
“Mendaki Gunung Kinabalu adalah antara perkara paling mencabar yang pernah dilakukan.
"Namun ia berbaloi. Saya takut dengan banyak perkara, gelap, ketinggian, bersendirian dan banyak lagi. Sebelum saya mendaki, saya telah menangis beberapa jam memikirkan perkara itu.
Setelah berjaya mendaki Gunung Kinabalu, Lizzy juga berazam untuk mendaki beberapa gunung lain serta melakukan beberapa aktiviti lasak lain kerana baginya suatu pengalaman yang perlu dicuba. - KitaReporters