Seni & Sukan 20 Feb, 2022

Tahniah PU Riz! Lepas dapat anak sulung, dilantik pensyarah kanan! Diploma Pengurusan Haji Umrah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Tahun 2022 ini menjadi tahun bertuah bagi pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, lebih dikenali sebagai PU Riz, 26. 

Selepas berbahagia mendapat cahaya mata pertama bernama Muhammad Bilal setelah isteri Noor Neelofa selamat melahirkan pada Sabtu 29 Januari 2022 lalu, PU Riz mendapat satu lagi khabar bahagia. 

PU Riz mendapat peluang sebagai pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif (Innovative International College).

Lantikan itu adalah secara kontrak selama setahun berkuat kuasa 1 Februari 2022 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PU Riz


Selain bergelar pensyarah, dia juga bertanggungjawab mempromosikan kursus tersebut

PU Riz pada Jumaat, 18 Februari 2022 lalu, memuat naik gambar kad kakitangan sebuah pusat pengajian. Kolej ini diselia oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd dan bakal bertukar status universiti tahun depan.

Sebelum ini pihak kolej melantik PU Amin, terbaharu PU Riz pula.

PU Riz mendapat ciuman mesra daripada isteri, Neelofa

Menurut PU Riz, selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, dia juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini.

Katanya, Ia sesuatu yang baharu dan diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). PU Riz turut berharap lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) menawarkan kursus serta dapat melahirkan mutawif berkualiti.

“Kalau umrah okay lagi, tapi ibadat haji ini yang susah sikit. Ada banyak jenis haji yang perlu kita ketahui. Orang kena tahu sebab perjalanan haji ini panjang. Perlu ada kepakaran untuk mereka uruskan haji,” katanya. - KitaReporters

14
16
0
10
0
You will be interested