Seni & Sukan 11 Jul, 2021

Pak cik luar biasa, baik hati! Datang kepala berplastik! Beri duit kepada petugas beli makanan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RAMAI antara kita telah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang telah diberikan oleh kerajaan. Ada yang mendapat awal dan ada juga yang mendapatkannya lewat.

Namun tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia kerana tidak berasa ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin, demi kesihatan serta membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam Facebook Universiti Sains Malaysia, kelihatan seorang pak cik hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam keadaan yang sangat unik.


Lagi cerita-cerita berkaitan suntikan


Dilihat daripada gambar pak cik tersebut memakai plastik pada bahagian mukanya sehingga menjadi tarikan utama orang sekitar kerana cara dia melindungi dirinya.

Namun apa yang mengejutkan buat semua, selepas pak cik selesai mengambil vaksin, beliau pergi ke seketariat yang bertugas menghulurkan bantuan.



Para petugas barisan hadapan bertugas dengan sangat penat. Belikan mereka makanan, katanya sambil menghulurkan wang tunai yang agak banyak.


Selepas itu pak cik tersebut berlalu pergi menaiki teksi yang sama untuk mengambil suntikan vaksin. Walaupun dipandang pelik tetapi mempunyai hati yang sangat baik.

Dilihat dari ruangan komen rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pak cik ini kerana sangat pemurah, namun ada antara mereka juga mengatakan ini adalah usaha dirinya untuk melindungi dari wabak Covid-19. 

Semoga pak cik dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kerana sudi membantu orang yang memerlukan. - KitaReporters



Pak cik punya hati yang sangat baik:



Pak cik sangat berhati-hati:

0
0
1
0
0
You will be interested