Seni & Sukan 29 Apr, 2021

Berita Terkini| Polis selamatkan 22 pekerja dieksploitasi majikan! Hanya diberi gaji RM10 sehari

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

POLIS menyerbu premis termasuk asrama pekerja menerusi Ops Pintas Bersepadu di Taman Chi Liung, Klang, Selangor. - Kredit foto: Sinar Harian


SEBANYAK 22 pekerja restoran di Taman Chi Liung, Klang, Selangor berjaya diselamatkan oleh polis selepas dipercayai dieksploitasi oleh majikan.

Kesemua mereka bukan sahaja hanya dibayar gaji RM10 sehari, malah mangsa juga akan dihukum potong gaji sekiranya mengambil makanan berlauk.

Kesemua itu berjaya dibongkar oleh sepasukan polis daripada Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, serbuan itu adalah hasil maklumat dan risikan sebelum bertindak menyerbu sebuah restoran dan dua asrama pekerja.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki warga tempatan berusia 29 hingga 60 tahun iaitu majikan serta penjaga premis telah ditahan menerusi operasi Ops Pintas bersepadu kira-kira jam 12.45 pagi, Khamis (29 April 2021)

“Tangkapan dibuat untuk siasatan eksploitasi buruh paksa, gaji yang dibayar tidak seperti yang dijanjikan, kesemua pekerja dikurung di asrama dan menerima ugutan daripada majikan dan penjaga,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Khamis, 29 April 2021.

Fadil berkata, pihaknya juga telah berjaya menyelamatkan 22 pekerja warga asing berusia lingkungan 23 hingga 44 tahun terdiri daripada 11 wanita Indonesia dan 11 lelaki India.

Pihaknya turut merampas 40 pasport, dua telefon bimbit, sebuah kereta jenis BMW dan wang tunai dipercayai hasil perniagaan berjumlah RM3,858.

Siasatan awal mendapati majikan gagal membayar gaji RM1,500 sebulan seperti yang dijanjikan, sebaliknya hanya membayar RM10 sehari sahaja, selain mangsa turut dikurung selepas waktu bekerja.

 “Waktu bekerja juga panjang iaitu 12 jam dan tiada hari cuti. Mangsa juga tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit walaupun selepas waktu kerja dan kebenaran harus diperolehi oleh majikan sekiranya ingin menggunakan telefon.

“Mangsa akan diugut pukul jika cuba ingin melarikan diri selain makan yang dicatu, jika ambil makanan berlauk, gaji mereka akan ditolak,” katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KEPERITAN yang dilalui 22 pekerja akhirnya berakhir selepas diselamatkan polis.

0
2
0
0
0
You will be interested