Gaya Hidup 10 Apr, 2021

Solat tarawih maksimum 20 rakaat di Selangor! Baca surah lazim! Patuhi SOP seperti solat Jumaat

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Solat tarawih di Selangor dilaksanakan maksimum 20 rakaat dan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti solat Jumaat . - Kredit foto: Bernama,Selangorkini dan FB.


SELANGOR membenarkan solat tarawih bagi Ramadan tahun 2021 ini dengan maksimum 20 rakaat dan bacaan surah pendek (surah lazim) serta tazkirah dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti mana solat Jumaat. Bagaimanapun, iftar di masjid dan surau tidak dibenarkan.

Juga kanak-kanak di bawah 15 tahun dan warga emas yang sakit atau uzur tidak dibenarkan solat tarawih berjemaah di masjid serta surau.

SOP Ramadan 1442 Hijrah memang tidak disebarkan kepada umum sebaliknya taklimat mengenainya diberikan kepada Nazir dan Pengerusi Masjid yang merupakan individu bertanggung jawab mengenai protokol kesihatan di kawasan masing-masing.


Cerita-cerita menarik berkaitan Ramadan

Tazkirah Ramadan di Selangor boleh dilakukan sama ada selepas maghrib atau setelah selesai solat tarawih.


"Tujuannya untuk mengelakkan salah faham dalam kalangan orang ramai selain penyalahgunaan oleh individu tertentu mengenai SOP Ramadan ini," kata Pengerusi Tetap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughi.

Antara SOP yang perlu dipatuhi itu termasuklah membawa sejadah sendiri, pemeriksaan suhu badan, pakai pelitup muka, mengambil wuduk dari rumah dan penjarakan fizikal semasa solat. Jumlah jemaah pula bergantung kepada saiz keluasan sesebuah masjid atau surau.

Beliau memberitahu, Sultan Selangor ada menitahkan solat tarawih kali ini bacaan surahnya perlu pendek (surah lazim) kerana sebelum ini ada masjid atau surau yang menggunakan khidmat imam hafiz membaca ayat panjang, mungkin hingga mengambil masa satu jam, lapor TV Selangor pada Jumaat 9 April 2021.


Sesuai dengan keadaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih dilaksanakan di Selangor ,solat tarawih perlu selesai dalam masa yang ditetapkan.


Manakala tazkirah Ramadan pula, pihak pengurusan masjid atau surau boleh melakukannya sama ada selepas maghrib atau setelah selesai solat Tarawih.

Dalam pada itu, kapasiti jemaah untuk solat tarawih bagi Masjid Negeri, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam ialah 1,500 lelaki dan 250 orang jemaah wanita. Manakala Masjid Bukit Jelutong dan Masjid Fi Sabilillah 1,000 jemaah lelaki dan 250 wanita.

Bagi Masjid Pengurusan, Masjid Kariah dan Masjid Institutsi, jumlah jemaah ditetapkan 450 jemaah lelaki dan 100 jemaah wanita. Manakala Surau Solat Jumaat 250 jemaah lelaki dan 50 wanita. - KitaReporters


Untuk musim Ramadan 1442 Hijrah, tidak ada Iftar di masjid atau surau seperti tahun-tahun sebelum ini.

You will be interested

Berita Terkini| Mahu pinjam RM10k tapi rugi RM122k! Lelaki terpedaya iklan pinjaman tak wujud!

Seorang lelaki di Johor yang hendak dapatkan pinjam RM10k kerugian RM122k selepas tertipu dengan tawaran iklan pinjaman wang dalam talian melalui laman sesawang

News Editor 1 in Gaya Hidup 1 day ago

Berita Terkini| PKP 3.0: Pejabat kerajaan beroperasi sepenuhnya! Berdasarkan garis panduan!

Pejabat kerajaan seluruh negara kekal beroperasi sepenuhnya ketika pelaksanaan PKP 3.0 mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021 berdasarkan garis panduan telah ditetapkan
News Editor 2 in Gaya Hidup 8 hours ago

Berita Terkini| 800kg beras, pulut Siam ditemukan di tepi sungai dirampas! Diseludup dari Thai

PGA temukan, rampas 800kg beras Siam dan beras pulut Siam dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi sungai di pangkalan haram Kuala Nat, Kuala Jambu di Tumpat
News Editor 1 in Gaya Hidup 13 hours ago

Berita Terkini| Pemandu lori didakwa bakar dan bunuh tukang masak! Berdepan hukum gantung!

Badrul Hisham Mat Jusoh, pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ditemui dengan kesan terbakar
News Editor 1 in Gaya Hidup 14 hours ago

Berita Terkini| Barangan tiruan berjenama bernilai RM70k dirampas! Peniaga jual dalam talian!

KPDNHEP Temerloh berjaya kesan dan rampas pelbagai barangan tiruan berjenama seperti beg tangan, dompet dan topi bernilai RM70,600 serta tahan tiga individu
News Editor 1 in Gaya Hidup 14 hours ago