Seni & Sukan 28 Dec, 2021

Video| Sambut hari jadi ke-56: Salman Khan dipatuk ular! Terima rawatan 6 jam! Diminta berehat!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Salman menjawab pertanyaan media selepas menerima rawatan dan sambutan ulangtahun ke-56 secara sederhana (kanan). Kredit foto: ANI

BINTANG terkenal Bollywood, Salman Khan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56 pada Isnin, 27 Disember 2021 lalu dalam suasana cemas

Dia menerima rawatan di hospital kerana  dipatuk oleh ular dan atas nasihat doktor terpaksa berehat di rumah ladangnya (farmhouse) pada hari ulang tahun kelahirannya.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Salman Khan


Salman atau nama sebenarnya Abdul Rashid Salim Salman Khan, dipatuk seekor ular sebanyak tiga kali di rumah ladangnya di Panvel, Mumbai kira-kira jam 3 pagi pada Sabtu, 25 Disember 2021.

Insiden ini berlaku ketika bintang popular ini sedang duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di sebuah taman di rumah ladangnya. Salman berada di rumah ladangnya bagi persiapan merayakan ulang tahunnya secara sederhana kerana masih dalam pandemik Covid-19. 

Rakan-rakannya menjerit melihat tangan Salman dipagut dan segera membawa selebriti  ini ke Hospital  Kamothe dan menerima rawatan selama enam jam.

Berita ini cepat tersebar menyebabkan para peminatnya panik. Namun doktor mengesahkan bisa ular itu tidak membahayakan dan Salman kemudian diminta berehat di rumah ladangnya.


/


Menurut India Today, Salman sudah dua tahun merayakan ulang tahun secara sederhana dengan hanya menjemput beberapa rakan terdekat dan saudara-maranya kerana pandemik Covid-19.

Rumah ladang Salman terletak di pinggir hutan menyebabkan ia menjadi tempat kunjungan beberapa haiwan termasuk ular.

Salman sering meminta penjaga rumah ladangnya mengawasi gangguan binatang. Dan ia merupakan pengalaman pertama Salman digigit oleh ular.

Berita Salman dipatuk ular itu cepat merebak melalui sosial media dan siaran TV. Beberapa rakan artisnya turut bimbang akan keadaannya, antaranya Shah Rukh Khan.

Pada usia sudah 56 tahun, bintang popular masih mengekalkan gelaran ‘bujang terlajak’ .Para peminatnya sentiasa menanti pengumuman Salman untuk mengumumkan perkahwinannya. - KitaReporters

11
10
0
14
0
You will be interested