Seni & Sukan 13 Dec, 2021

Video| Remy Ishak buru impian jadi pelakon! Tak lupa jasa Pak Nil! Akhirnya dapat anugerah FFM31!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


DARI seorang pelayan hotel, Remy Ishak, 39, memburu impian menjadi pelakon dengan bantuan Datuk Aznil Nawawi, 59, yang lebih dikenali sebagai Pak Nil dan dia tidak akan melupakan jasa selebriti terkenal itu yang banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat buat dirinya dan membawa dirinya terjun ke bidang lakonan.

Remy tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya ketika menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) pada Jumaat, 10 Disember 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Festival Filem

/;


Dalam ucapan ringkasnya, Remy, menyatakan anugerah dalam FFM amat diharapnya setelah berkecimpung dalam bidang lakonan selama 15 tahun. Ia juga memberi jawapan kepada arwah bapanya yang sering bertanya mengapa Remy belum menerima sebarang trofi dalam Festival Filem Malaysia.

Remy atau nama penuhnya, Mohammad Zalimi Ishak mengucap terima kasih kepada pihak produser, pengarah dan tenaga penerbitan filem ‘Sangkar’ yang menjayakan filem itu dengan baik.

Kejayaan Remy bergelar ‘Hero Malaya’ dan pelakon berwatak bukan mudah. Daripada seorang  anak kampung dan melakukan pelbagai pekerjaan kasar dan berhijrah ke Kuala Lumpur demi ingin menjadi pelakon.



Ketika sudah berada di Kuala Lumpur dan sudah bekerja peringkat rendah di beberapa tempat termasuk menjadi pengemas bilik di hotel, Remy ditawar oleh pengarah Osman Ali memegang satu peranan penting dalam filem “Akuarium Cinta’ pada tahun 2005. Namun atas sebab-sebab tertentu filem itu tidak ditayang kepada umum sehingga kini.

Osman Ali cuba mengubat kekecewaan Remy dengan memberi dia berlakon peranan kecil dalam filem ‘Anak Halal’ pada 2006. Kecewa tiada lorong cerah untuk peluang berlakon secara serius, Remy bekerja sebagai pelayan (waiter) di Hotel Oriental Mandarin bertaraf lima bintang.

Dia diberi peluang melayan golongan VIP. Menjadi pelayan di hotel lima bintang itu, memberi peluang Remy berkenalan dengan selebriti popular Pak Nil. Pak Nil  memberikan kata-kata perangsang dan memberi semangat untuk Remy terus bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Pak Nil menggunakan popularitinya memperkenal Remy dengan sejumlah produser. Hasilnya Remy mula mendapat peluang berlakon watak penting dan menjadi salah seorang pelakon berwatak yang dikagumi.



Sebagai mengucap terima kasih, Remy menghantar video dan teks kepada Pak Nik.   

"Paknil, Alhamdulillah. Dapat juga saya pegang trofi daripada FFM. Bukan senang. Paknil sendiri tahu saya bermula daripada mana. Paknil tahu macam mana perjalanan seni saya. Alhamdulillah semalam apabila saya diiktiraf oleh FFM dengan diberi penghargaan. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang Paknil beri pada saya selama ini. Kata-kata yang selalu buatkan saya sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik."

Sementara itu, Aznil menerusi laman Instagram telah mendedahkan bahawa Remy pernah datang bertemu dengannya ketika pelakon itu bekerja sebagai seorang pelayan di Hotel Mandarin Oriental.

"Dia (Remy) pernah datang dekat paknil masa jadi pelayan di Mandarin Oriental. Remy beritahu dia nak jadi pelakon! Sekarang dia adalah seniman terbaik!" kata  Aznil.

Aznil mendedahkan perkara tersebut selepas berkongsi rasa gembira atas kejayaan Remy menggenggam trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) menerusi filem 'Sangkar'.

Tambah Aznil,  dia tidak akan berhenti daripada bercerita tentang azam pelakon berusia 39 tahun ini untuk dijadikan contoh kepada pelakon lain agar tidak berhenti daripada memburu impian menjadi pelakon terbaik.Remy pernah tercalon sebanyak tiga kali sepanjang penganjuran FFM namun baru mencapai kejayaan pada edisi ke-31. - KitaReporters


11
19
0
15
0
You will be interested