Seni & Sukan 03 May, 2022

Video| Didakwa tiru MV Adele! Lip Lap Raya Siti Nurhaliza tetap trending! Peminat tak kisah pun!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


JIKA tidak jatuhnya Hari Raya Aidilfitri semalam (2 Mei 2022) yang memberikan kejutan besar kepada kita, hari ini kita sudah siap sedia menyediakan lemang rendang dan ketupat di atas meja dengan malam raya pula anak anak bermain bunga api diterangi cahaya ‘lip lap raya’ seperti kata penghibur negara, Dato Seri Siti Nurhaliza melalui single terbaharunya.

“Lip Lap Raya’ menjadi pilihan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti  bagi menambahkan senarai lagu rayanya sejak kali terakhir muncul dengan single raya pada tahun 2016 menerusi lagu ‘Hari Kemenangan’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagu raya


``Saya gembira kerana dapat merakamkan lagu Lip Lap Raya serta menambah koleksi lagu raya nyanyian saya. Saya sangat berharap agar lagu ini turut menjadi sebuah lagu raya evergreen pada satu hari nanti, “ ujar Siti yang barangkali mengambil tempoh enam tahun untuk menambah koleksi lagu rayanya memandangkan lagu-lagu lama masih kekal diminati ramai.

Iyalah, lazimnya sebuah lagu baru akan mengambil masa untuk diterima atau digemari.

Apa pun yang pasti ‘Lip Lap Raya’  ciptaan bersama Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan ini pasti akan meletop apatah lagi ia dinyanyikan penyanyi nombor satu negara yang mempunyai 8.6 juta pengikut dalam laman Instagramnya malah joget Siti melalu lagu tersebut telah mencapai 29.8k tanda suka dalam TikTok.




Dan walaupun ada yang mendakwa video muzik Siti mempunyai persamaan dengan penyanyi Adele menerusi lagu ‘Oh My God’ dan menganggap konsep ‘meniru’ sedemikian tidak sepatutnya dilakukan team produksi terhadap penyanyi tersohor itu, ‘Lip Lap Raya’ terus trending di tempat ke-7 dengan lebih 800k tontonan dalam YouTube.

Malah ramai peminat Siti tidak kisah pun mengenai dakwaan tersebut tetapi terus memberikan kata semangat terhadap penyanyi kesayangan mereka itu.

Yang penting komen-komen berpendapat lagu itu meriah dan apa sahaja lagu yang disampaikan oleh Siti Nurhaliza memang terbaik.



Seperti yang telah dijelaskan Siti, setiap orang berhak memberikan pandangan masing-masing namun yang pasti ‘Lip Lap Raya’ diberikan kelainan apabila lagu itu menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat.

Liriknya pula berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik.



Pihak Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia sebagai penerbit yakin dengan penerimaan peminat muzik tanah air terhadap karya terbaharu Siti Nurhaliza itu.

“Lagu ‘Lip Lap Raya’ adalah sebuah lagu yang saya yakin dapat menarik minat pendengar walaupun baru pertama kali mendengarnya,” akhiri Siti. - KitaReporters


15
13
0
12
0
You will be interested