1 April 2022 menjadi hari bahagia dalam kehidupan bekas ratu cantik Miss Malaysia World 2008, penyanyi, pengacara dan pelakon, Dr Soo Wincci, 36, apabila dilantik secara rasmi sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Wincci mengumumkan khabar gembira ini berserta gambar-gambar dalam akaun Instagramnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Soo Wincci
"Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, 'apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat'. Ini memang bukan 'April Fool'.
Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.
"Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa. Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan," tulisnya yang juga turut memuat naik gambar sijil yang diterimanya daripada organisasi itu.
Selepas berjaya dalam bidang seni Wincci, yang lahir pada 26 Oktober 1985 di Petaling Jaya, Selangor mempunyai impian mendalam untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan terpaksa mengharungi kegetiran untuk memperoleh kejayaan dalam bidang akademik. - KitaReporters