Seni & Sukan 04 Sep, 2020

Sunat sekali lagi! Nourul Wahab sound budak cium anak Nora!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KECOH dalam media sosial mengenai video ‘cemolot’ (cium mulut) anak penyanyi Nora Ariffin sehingga memaksa penyanyi dari Kelantan itu tampil membuat kenyataan. Menurutnya, dia mengaku anak gadis dalam video yang tular itu adalah anaknya. Namun ramai yang simpati dengan Nora yang bertimpa-timpa dilanda musibah dan tidak kurang juga yang mengecamnya. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan Nora Ariffin:

https://kitareporters.com/search?search=nora+ariffin


Dalam pada itu, ada pihak yang hairan kenapa hanya anak Nora sahaja dipersalahkan sedangkan budak lelaki yang berkelakuan tidak senonoh itu tidak dikecamAdakah ini kerana ibu gadis tersebut seorang figura umum yang dikenali ramai? 

Tidak adil kalau itulah yang sebenarnya terjadi kerana daripada video berkenaan, jelas budak lelaki tersebut yang bertindak terlebih dahulu.


Persoalan itulah yang membuatkan penyanyi Nourul Wahab mengulang kicau hantaran seorang individu dalam Twitter yang mengungkit hal tersebut.

“Tak sekarang ni kenapa lelaki ni tak kena serang? Kenapa perempuan tu sorang je kena hadap? Nampakkan video tu siapa yang ambil langkah pertama dekatkan diri dekat siapa? Disebabkan ramai kenal perempuan dan keluarganya, dia diserang. Lelaki ni?” tulis individu terbabit.

Individu ini hairan kenapa pihak perempuan sahaja yang dikecam sedangkan pihak lelaki sebaliknya.


Menurut Nourul, dia juga geram dengan budak lelaki tersebut kerana bersikap tidak senonoh terhadap anak dara orang lain.

“Auntie kalau jumpa adik ni, auntie sunatkan sekali lagi! Pouting face gatal ya dia nak cium-cium anak dara orang. Besa tu! Tahulah handsome. Jangan nak dok gedik viral sangat. Mari sini auntie talbiah kat telinga tu. Gatal ya,” tulis Nourul.


Selain itu, netizen turut sependapat dengan Nourul dan berharap budak lelaki itu menerima pengajaran.


Semoga apa yang terjadi ini dapat dijadikan pengajaran. Betul, jangan kerana sebelah pihak itu dikenali ramai, maka sebelah pihak lagi buat-buat tak bersalah.

Kepada ibu bapa, sama ada orang biasa atau dikenali ramai, jaga dan pantaulah dengan siapa anak kita berkawan sebelum terjadi seperti ini. - KitaReporters

5
2
7
3
16
You will be interested