KEHARMONIAN hidup yang menjadi amalan sejak turun temurun penduduk Kampung La, Hulu Besut, sebuah perkampungan tradisional yang cukup sinonim dengan kekerapan bencana banjir yang melanda kampung itu pada setiap hujung tahun sememangnya menjadi perbualan kepada penduduk negeri Terengganu.
Kampung berkenaan juga amat bertuah kerana mempunyai dua pusat pelancongan terkenal iaitu LA Hot Spring dan Lata Kolam Air Deru Ecopark yang terletak kira-kira tiga kolometer antara kedua-dua tempat tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan
Pertandingan memanah memeriahkan program Himpunan Silatulrahim Penduduk Kampung La, Hulu Besut
Tradisi bergotong royong menyiapkan bahan masakan oleh golongan wanita
Program Himpunan Anak-Anak Kampung La, Hulu Besut, yang berlangsung sehari di Lata Kolam Air Deru Ecopark pada Khamis, 14 Julai 2022 mencatat sejarah penduduk kampung itu apabila berjaya mengumpul warga penduduk.
Program anjuran Group Anak-Anak La yang julung kali diadakan sejak sejarah pembukaan kampung itu kira-kira lebih 100 tahun dahulu berjaya menghimpunkan kira-kira 100 anak kelahiran kampung tersebut.
Setiausaha Penganjur, Ruslan Derasik berkata, idea mengadakan majlis perhimpunan itu dicetuskan oleh ahli group WhatsApp kampung dan seterusnya membawa kepada penubuhan jawatankuasa penganjur untuk menggerakkan program pertama itu.
Gotong royong memasak gulai kawah untuk jamuan peserta program
Katanya, selepas dua kali mengadakan mesyuarat, jawatakuuasa penganjur bersetuju untuk menganjurkan program dengan mengambil kira situasi semasa bagi membolehkan ramai penduduk dapat hadir memeriahkan program tersebut.
Ruslan berkata, bagi menjayakan program itu jawatankuasa menubuhkan tabung kewangan bagi membolehkan penduduk setempat memberi sumbangan mengikut kemampuan untuk pengurusan program.
Acara baling belon berair untuk pasangan suami isteri
“Alhamdulillah menerusi tabung itu kami dapat mengumpul kewangan dan mampu mengurus program dengan berjaya,” katanya.
Sempena program itu pelbagai acara diadakan termasuk sesi majlis suai kenal, permainan padang, jamuan rakyat dan solat hajat.
Pentadbir Group WhatsApp Anak-Anak La, Mahadi Jaafar menyampaikan hamper kepada pemenang pertandingan acara padang
Ruslan berkata, program itu selain dihadiri penduduk
setempat ia juga turut disertai anak-anak kampung yang tinggal di luar Terengganu
yang kebetulan balik bercuti sempena sambutan Aidiladha.
Menariknya, kata Ruslan menerusi perhimpunan itu penduduk dapat mengekalkan semangat kerja gotong royong untuk memasak gulai kawah dan persiapan-persiapan lain.
“Jawatankuasa merancang untuk mengadakan perhimpunan tersebut sebagai acara tahunan pada setiap tahun menyambut hari perayaan Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya. - KitaReporters
Jamuan untuk para peserta perhimpunan