Seni & Sukan 19 Apr, 2021

Berita Terkini| Tiga beranak jual air tebu nyaris maut! Dirempuh lelaki bawah pengaruh dadah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan pengambilan dadah.


SEORANG ibu dan dua anaknya nyaris maut apabila gerai jualan air tebu dan kuih-muih yang terletak di Jalan Limbongan Melaka dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bawah pengaruh dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri Melaka, Hasan Basri Yahya berkata, dalam kejadian 5.15 petang pada Ahad, 18 April 2021 itu, tiga beranak tersebut sedang menjual juadah kuih-muih dan air tebu di gerai sebelum tiba-tiba didatangi sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang datang dari arah Bandar Melaka.

Mangsa, Norazizah Jenal, 57, dan dua anaknya Muhammad Aliff Hazimie Samsudin, 13, serta Nurul Ayu Umairah, 15, bernasib baik hanya mengalami cedera di bahagian kaki, perut serta bahu, manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.

Hasan berkata, kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh gerai jualan anak-beranak berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati, pemandu yang bekerja sebagai juruteknik itu tidak mempunyai lesen memandu dan saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan heroin,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia, Isnin 19 April 2021.

Pemandu berkenaan juga mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah dan permohonan reman terhadapnya dibuat di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Isnin, 19 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Hasil siasatan pemandu berkenaan tidak mempunyai lesen dan positif dadah. - Kredit foto: melakahariini.my

3
0
2
0
0
You will be interested