Seni & Sukan 12 Aug, 2021

Tidak dilupakan! 220 keluarga penduduk Pulau Perhentian terima sumbangan! Bakul makanan PEMULIH

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Seorang warga emas yang menerima bakul makanan PEMULIH memperkatakan sesuatu kepada Tengku Zaihan


PROGRAM bakul makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat bukan sahaja untuk penduduk yang tinggal di tanah besar tetapi juga kepada mereka yang tinggal di pulau-pulau negara ini turut berpeluang menikmati bantuan tersebut. 

Penduduk di pusat pelancongan terkenal Pulau Perhentian, Terengganu tidak terkecuali daripada menerima sumbangan berkenaan meskipun mereka dipisahkan dengan tanah besar dan terpaksa merentasi Laut Cina Selatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pulau

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman


Seramai 220 keluarga sebahagian besarnya nelayan yang mendiami pulau pelancongan tersohor itu tidak dilupakan oleh pihak berwajib untuk turun meredah laut bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada penduduk terbabit.

Pejabat Ahli Parlimen Besut Besut menerusi  Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyantuni penduduk untuk mengagihkan barangan keperluan bagi membantu meringankan beban hidup yang dihadapi warga nelayan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bersama petugas sukarelawan mengetuai gerak kerja menjelajah dari rumah ke rumah mengagihkan barangan keperluan yang disediakan.


Tengku Zaihan menyantuni penduduk Pulau Perhentian


Menurut Tengku Zaihan, pihaknya prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk pulau berkenaan kerana mereka juga turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak dapat melakukan kerja-kerja harian dalam sektor perikanan dan pelancongan

Malah, katanya, penduduk terbabit juga tidak dapat keluar ke tanah besar di Kuala Besut dan pekan-pekan utama daerah Besut akibat perintah berkenaan.

“Pengagihan barangan keperluan tersebut sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu meringankan beban hidup mereka,” katanya.


Tengku Zaihan tutut mengambil peluang menziarahi seorang kanak-kanak yang sakit terlantar di Pulau Perhentian


Bagaimanaapun, katanya, sepanjang tempoh mereka berada dalam PKP sejak Februari  2020 sehingga kini dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), bekalan barang keperluan harian untuk 2,000 penduduk di pulau itu tidak terjejas. 

Tengku Zaihan berkata, penduduk pulau itu juga beruntung kerana selain bantuan kerajaan Pusat dan Negeri, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka. 

“Paling menarik sehingga kini tiada seorang pun dalam kalangan penduduk pulau tersebut yang dijangkiti virus COVID-19 berbanding penduduk yang tinggal di tanah besar,” katanya. - KitaReporters 


Aktiviti pelancongan dan perikanan di Pulau Perhentian turut terjejas akibat COVID-19

0
1
0
0
0
You will be interested