Seni & Sukan 24 Aug, 2021

APMM Terengganu patah sindiket seludup rokok guna pulau tak berpenghuni! Jadi tempat transit!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


KEGIATAN sindiket menyeludup rokok dengan menjadikan sebuah pulau tidak berpenghuni sebagai pusat transit akhirnya terbongkar apabila aktiviti mereka berjaya dihidu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu.

Sindiket terbabit yang menjadikan Pulau Karah dekat Pulau Redang, Terengganu gagal meneruskan aktiviti menyeludup untuk membawa masuk 330,000 rokok putih dianggar bernilai hampir RM350,000 di pulau tersebut yang dijadikan transit untuk memasuki pasaran tempatan di tanah besar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Maritim Malaysia

Muhammad Suffi


Pengarah Maritim Malaysia Terengganu Kepten Maritim Muhammaf Suffi Mohd Ramli berkata, ketika rondaan pemantauan sekitar jam 6 petang pada Sabtu, 21 Ogos 2021, di kedudukan 1.5 batu nautika dari Pulau Bidong, pihaknya menemui beberapa bungkusan plastik lut sinar berisi rokok putih

Katanya, hasil pemerhatian mendapati ia sengaja ditinggalkan dan tiada kelibat bot berhampiran di kawasan berkenaan.

"Diyakini bungkusan tersebut dibawa masuk dari negara luar ke perairan negeri ini yang didalangi warga tempatan yang menjadikan pulau ini sebagai tempat transit yang strategik kerana tidak berpenghuni,” katanya pada media di Kuala Terengganu, pada Isnin, 23 Ogos 2021.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d), Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu katanya, kawalan di sempadan perairan negeri ini akan terus dipertingkatkan.


Muhammad Suffi menunjukkan peta Pulau Karah yang dijadikan pusat transit menyeluduk rokok di Terengganu.


Muhammad Suffi Mohd Ramli (kanan) menunjukkan rokok yang berjaya dirampas oleh APMM Terengganu.


Muhammad Suffi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntuk hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 dan denda tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Maritim Malaysia juga giat memperincikan siasatan dengan menggunakan sumber yang ada bagi mengesan dan memburu suspek.

“Sebarang pelanggaran undang-undang, aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan lain-lain kegiatan jenayah di dalam Zon Maritim Malaysia ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi,” katanya.

Beliau berkata, selepas menerima maklumat, pihaknya menghantar Bot Penggalang 45 memantau ke lokasi berkenaan, sebelum menemui longgokan barang di pantai Pulau Karah.

"Sindiket ini dipercayai menukar modus operandi dengan memilih laluan laut, susulan kawalan ketat di laluan darat kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested