Seni & Sukan 18 Nov, 2020

Video| Wani Syaz guna Habibi! Untuk bukti kemampuan vokalnya

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

KALAU dicongak pembabitannya dalam bidang seni, sedar tak sedar sudah lapan tahun, Nursyzwani Selamat atau nama komersialnya, Wani Syaz, 23, terbabit dalam bidang seni suara. Namun kalau dibandingkan Wani dengan BBNU (budak-budak baru nak up) yang lain, namanya sedikit ketinggalan. : KitaReporters 


Wani Syaz tampil dengan single baharu, Habibi.


Lagi kisah-kisah berkaitan Budak Baru Nak Up (BBNU):

https://kitareporters.com/search?search=BBNU


Ini mungkin kerana kedudukannya yang jauh di Batu Pahat, Johor, membuatkan beliau jarang diundang untuk menjayakan program terbitan stesen televisyen. 

Jarak bukan penghalang kerana kalau dilihat dalam Instagram, Wani yang pernah menyertai program Gegar Gema Vaganza 2017, rajin membuat lagu cover tak kira genre kerap mendapat jumlah tontonan yang tinggi daripada netizen. 



Jadi di manakah silapnya, hinggakan penyanyi serba boleh itu kurang menyerlah dalam industri muzik semasa tapi sangat aktif di Instagram kerana setiap hari ada sahaja content menarik yang diketengahkannya. 

Pada hal lagu dendangannya sebelum ini, Pendusta Cinta dan Lepaskan mendapat sambutan hangat. Lagu Pendusta Cinta, dendangannya bersama Waris itu mendapat jumlah tontonan lebih 26 juta dalam YouTube.


Wani Syaz mahu keluar dari zon selesa menerusi lagu Habibi.



Wani boleh dikatakan antara artis yang tersenarai dalam kalangan selebriti tempatan yang tiada gosip atau cerita negatif. Mungkin kerana sikap beliau yang berhati-hati dan kurang bergaul sesama artis dalam industri hiburan membuatkan namanya sedikit ‘tenggelam’. 

“Bukan sombong atau tak nak bergaul, tetapi Wani lebih selesa bersama ummi (panggilan ibu) walau ke mana Wanni pergi, jika ummi tak ikut ke KL (Kuala lumpur), lepas habis kerja Wani terus pulang ke Batu Pahat bagi menumpukan perhatian kepada restoran kami, Beezer Box,” jelasnya. 

Tidak menganggap semua dugaan itu sebagai penghalang untuknya terus berkarya dalam bidang seni, kini Wani kembali dengan single baharu berjudul Habibi, yang video muziknya dilancarkan secara rasmi pada 16 November 2020.


Habibi merupakan gandingan kedua Wani Syaz dengan Waris selepas lagu Pendusta Cinta.


Habibi, ciptaan DJ Fuzz, Aziquebeats dan Waris itu merupakan single kesembilan Wani dan lagu kedua, beliau menyanyi bersama Waris. 

“Kali ini Wani mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden. Habibi merupakan lagu kedua gandingan Wani dengan Waris. Lagu ini mengisahkan seorang insan yang ingin mencari teman hidup. 

“Wani tiada masalah untuk menyanyikan lagu irama begini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini merupakan genre kegemaran Wani dan sangat bersesuaian dengan vokal Wani.


Habibi lagu irama padang pasir yang digubah mengikut elemen masa kini.


“Moga-moga selepas menonton muzik video Habibi, tiada yang akan kecam Wani. Bagilah peluang Wani keluar dari kotak dan zon selesa Wani, kalau boleh pada masa akan datang Wani nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya Wani dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal Wani,” katanya penuh harapan. 

Wani berkata demikian kerana dalam video muzik Habibi, Wani turut menari untuk disesuaikan dengan irama lagu tapi tariannya tetap sopan seiring dengan penampilannya. 

Sebelum ini menerusi video muzik, Pendusta Cinta, Wani pernah dikecam peserta program Da’i Pendakwah Nusantara, Luqman Haqim yang menganggap penyanyi bertudung tidak perlu menari kerana ia mengundang fitnah.


Lagu Habibi berkisar tentang seorang insan yang mahu mencari cinta.


Wani berharap Habibi yang dalam ahasa Arab membawa maksud panggilan untuk suami atau kekasih itu mampu meraih jumlah tontonan lebih tinggi berbanding video muzik Pendusta Cinta sebelum ini. 

Beliau yang berkawan baik dengan Wany Hasrita dan mereka pernah berduet menerusi lagu Sinar Terindah berharap kemunculan Habibi dapat membuka mata peminat bahawa beliau masih aktif dalam bidang seni suara. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested