Seni & Sukan 20 May, 2021

Program MUALIM 2021 PACE UUM! Tawar wang tunai RM100 untuk murid KAFA cemerlang dalam UPKK!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

 


PUSAT Pengajian Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan RM1,000 kepada murid-murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terpilih yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2021 nanti.

Penasihat Program Membangun Ummah Aktif Lestari Inovasi Pendidikan Islam Masa Kini (MUALIM) 2021 Prof Madya Dr. Mardzelah Makhsin berkata, tajaan RM1,000 itu akan diagihkan kepada sepuluh murid yang terpilih dan masing-masing akan menerima RM100 setiap orang.

Katanya, tawaran RM100 itu bukanlah nilainya tetapi sebagai sokongan dan galakan kepada mereka agar dapat berusaha dengan lebih gigih lagi memandangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga telah dimansuhkan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah rendah

Dr. Mardzelah Makhsin.


“Saya yakin dengan sokongan, perkongsian ilmu dan ganjaran wang yang ditawarkan ini pastinya akan memberi semangat kepada guru KAFA terutama dan murid khususnya mempertingkatkan usaha dalam mengejar ilmu selain daripada ganjaran wang tunai yang ditawarkan," ujar Dr Mardzelah lagi. 

Beliau berharap lebih ramai penaja akan memberi sokongan sebagai pengiktirafan kepada murid-murid sekolah yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPKK ini termasuk penajaan pakej penginapan, pelancongan, produk dan lain-lain.


Mansor Ismail (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Ustaz Mohd Fadhil Aziz.


Dalam pada itu, Yang Dipertua Perkim Langkawi Datuk Mansor Ismail ketika menutup dan menyampaikan sijil kepada peserta program MUALIM 2021 berharap jalinan hubungan dengan UUM ini dapat mempertingkatkan mutu dan penghasilan murid serta guru KAFA yang lebih cemerlang kerana membabitkan pengucaputama-pengucaputama yang hebat.

‘Saya melihat penganjuran seperti ini dapat membantu guru-guru KAFA mendidik murid-murid dengan persepsi yang lebih komited kerana dibimbing oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing, sekali gus berkongsi idea yang diutarakan oleh pengucaputama dalam program MUALIM 2021 ini," ujar beliau ketika berucap menutup Program MUALIM 2021 di Kolej Komuniti Langkawi di Langkawi, Kedah baru-baru ini.


 

Ustaz Mohd Fadhil Aziz


Sementara itu Pengarah MUALIM 2021 Ustaz Mohd Fadhil Aziz yang ditemui melahirkan rasa bertuah kerana dapat menganjurkan program ini walaupun ketika pandemik koronavirus COVID-19. 

Katanya, sepanjang program ini diadakan pengucaputama yang dijemput memberi kerjasama melalui perkongsian pintar dan percambahan idea dalam kalangan mereka

‘Saya yakin melalui penyusunan aktiviti perkongsian ilmu ini kepada guru-guru KAFA daerah Langkawi ini pastinya dapat membantu mereka dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR) nanti," sambungnya lagi.

Seramai 60 orang guru KAFA telah dijemput menyertai program ini yang dianjurkan oleh Pelajar Pascasiswazah dari Pusat Pendidikan Pengajian Islam dan Prasiswazah dari Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM. - KitaReporters


Murid KAFA yang terpilih berpeluang memenangi RM100 seorang.

1
0
0
1
0
You will be interested