Seni & Sukan 26 Jun, 2020

Program kitar semula! Penduduk Danau Kota bersama Alam Flora

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

BIASANYA barangan elektrik terpakai, seperti juga barangan lain yang yang sudah tidak digunakan lagi, akan dibuang begitu sahaja sedangkan ia boleh dikumpulkan dan dikitar semula secara sistematik dengan kerjasama syarikat pelupus. Atas kesedaran ini, Persatuan Penduduk Danau Kota 23/B (PPDK), Setapak, Kuala Lumpur mengambil inisiatif mengadakan program kitar semula barangan elektrik terpakai dengan kerjasama Alam Flora, syarikat pelupus sampah dan sisa pejal yang tidak asing lagi. - KitaReporters

KETUHAR dan mesin basuh antara barangan yag dilupuskan pada program kitar semual barangan elektik di Danau Kota pada 22 Jun.


Program bersama dikenali sebagai E-Waste Recyling ini yang diadakan pada 22 Jun 2020 mendapat sambutan hangat daripada para penduduk yang melupuskan barangan seperti mesin basuh, mesin taip elektrik, ketuhar, komputer dan lain-lain.

Pihak Alam Flora yang diketuai Pengurus Projek Operasi, Asyikin Othman menyediakan sebuah lori bagi mengangkut barang-barang untuk dikitar semula.  

Selain beliau turut hadir ialah Eksekutif Operasi, Aizuddin Salleh dan beberapa orang kakitangan yang membantu mengangkut barang-barang penduduk ke dalam lori.

PENGERUSI Persatuan Penduduk Danau Kota 23/B, Ghazali Katun (dua dari kiri) menyerahkan laptop untuk dikitar semula kepada Eksekutif Operasi Alam Flora, Aizuddi Salleh pada program kitar semula barangan elektrik di Danau Kota. Di kiri Setiausaha persatuan, Abdullah Othman, manakala di kanan sekali Bendahari Persatuan, Haji Guli. Juga kelihatan Pengurus Projek Operasi, Asyikin Othman.


Menurut Pengerusi PPDK, Ghazali Katun, ada dua kaedah kitar semula disediakan. 

Pertama melalui kutipan barang dari pintu ke pintu. Penduduk yang mahu megitar semula barangan perlu memaklumkan alamat rumah masing-masing kepada persatuan.  

Pilihan kedua ialah dengan menghantar terus barangan yang hendak dikitar semula ke pusat pungutan yang disediakan oleh Alam Flora.

Menurut Ghazali, program khidmat masyarakat ini diadakan untuk menggalakkan penduduk melakukan aktiviti kitar semula, terutama barangan elektrik.

TYPEWRITER elektrik antara barangan yang dilupuskan dalam program kitar semula bersama Persatuan Penduduk Danau Kota dengan Alam Flora pada 22 Jun 2020.


“Selama ini ramai tidak mengetahui barangan elektrik boleh dikitar semula. Selain itu, program  bertujuan menjaga kelastarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berharap dengan program itu, penduduk Danau Kota khususnya menghargai barangan yang boleh dikitar semula dan tidak hanya menjadikannya sebagai bahan buangan.

Ghazali menyifatkan usaha ini juga sebagai ‘pembersihan’ rumah kerana barangan elektrik lama, terutama yang besar seperti mesin basuh atau oven akan hanya memenuhi ruang rumah.

PARA pekerja Alam Flora mengangkat mesin basuh untuk dikitar semula di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.


Oleh itu katanya, daripada membiarkan barangan ini terus menyesakkan rumah atau membuangnya sesuka hati yang boleh menjejaskan alam sekitar, adalah lebih baik mengitar semula secara sistematik seperti program yang dijalankan oleh PPDK.

Beliau memberitahu, program ini akan diadakan dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan lebih awal kepada penduduk taman bagi membolehkan mereka membuat persediaan mengumpulkan barangan lama yang hendak dikitar semula.

Beliau berharap penduduk akan terus memberikan kerjasama pada masa hadapan apabila  program seperti ini diadakan lagi.  -KitaReporters

Alam Flora menyediakan sebuah lori bagi program kitar semula di Danau Kota.

2
0
0
0
0
You will be interested