Gaya Hidup 13 Jun, 2021

Berita Terkini| Op Pangea XIV: Ubat tak berdaftar RM2.2j dirampas! 2,600 lama sesawang disekat!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PIHAK berkuasa telah menyekat akses ke atas 2,600 laman sesawang yang menawarkan ubat-ubatan berbahaya serta merampas ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai lebih RM2.2 juta dalam Operasi Pangea XIV yang dijalankan di seluruh negara bermula 18 hingga 25 Mei 2021 lepas.

Operasi itu melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM), National Central Bureau/Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menumpukan pada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan berbahaya dan peranti perubatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  penjual tidak bertanggungjawab mengambil peluang mendapatkan keuntungan dengan menjual produk perlindungan untuk wabak Covid-19.

"Ubat-ubatan terkawal yang dikatakan untuk rawatan COVID-19 seperti pelitup muka, termometer, sarung tangan, gaun pembedahan, kit ujian COVID-19, penyedut hidung dan swab (calitan) beralkohol yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan bayak dijual dalam talian. 

“Selain itu, terdapat trend peningkatan penjualan bahan psikotropik oleh penjual yang tidak bertauliah dalam platform yang sama,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya pada Ahad, 13 Jun 2021.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 2,600 laman sesawang termasuk Dark Web dikesan menjual produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dipantau, disiasat dan diambil tindakan.

Antarea serbuan yang dilakukan, sebanyak 61,864 unit produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan RM2,071,855.

Orang ramai perlu memastikan produk kesihatan yang dijual sama ada dalam talian atau di premis mempunyai pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran produk sebelum membeli produk tersebut.

Status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang http://www.npra.gov.my di ruangan 'Product Status' atau orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery bagi tujuan semakan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Jelajah amal Keluarga Malaysia! Pengamal media berkonvoi ke Cameron Highlands! Untuk santuni asnaf!

Sempena bulan kemerdekaan Ke-65, 20 ahli media Terengganu sertai program konvoi bermotoikal, Jelajah Amal Media Merdeka ke Kpg Gerak Sepadu, Cameron Highlands

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago

Piala AFC 2022: Tahniah KL City FC! Mara ke final Zon ASEAN! Azri Ghani jadi wira sepakan penalti!

Penjaga gol KL City FC, Azri Ghani muncul wira selepas selamatkan sepakan penalti pemain terakhir Viettel FC untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 2 hours ago

Liga Super 2022: JDT terus gah di persada liga! Tundukkan Terengganu! Bertemu lagi akhir Piala FA?

JDT kukuh selaku pendahulu liga selepas menang 2-1 ke atas Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2022. Akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Liga Perdana 2022: Perak FC kejutkan Kelantan FC di halaman sendiri! Peluang JDT II rapatkan mata!

Perak FC teruskan momentum kemenangan apabila kejutkan pendahulu liga, Kelantan FC 2-1 dalam saingan Liga Perdana 2022. Buka ruang kepada JDT II rapatkan mata
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Padan muka! Pemandu lori dapat “thumbs up”! Bantu polis halang MPV guna lorong kecemasan!

Seorang pemandu lori dapat thumbs up daripada anggota polis trafik selepas bantu halang sebuah kenderaan MPV potong barisan kesesakan gunakan lorong kecemasan
Fitri Hazim in Gaya Hidup 7 hours ago