Seni & Sukan 19 May, 2022

Video| Sri Pahang hampir tundukkan Harimau Selatan! Di gelanggang sendiri! Keputusan seri 2-2!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



Sri Pahang FC hampir kejutkan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim  (JDT) di halaman sendiri, namun penalti beberapa minit sebelum masa sebenar tamat meranapkan impian skuad kendalian Christophe Gamel meraihkan kemenangan apabila sekadar mampu mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor sebentar tadi (18 Mei 2022). 

JDT membuka tirai jaringan awal pada minit ke-17 hasil jaringan Berguson da Silva, namun Sri Pahang berjaya bangkit  mendahului 2-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Saiful Jamaluddin pada minit ke-38 dan Manuel Hidalgo yang mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super


Bermula separuh masa kedua, JDT terus meningkatkan serangan demi serangan dalam usaha untuk mencari gol penyamaan dan kredit serta pujian harus diberikan kepada penjaga gol Sri Pahang, Mamadou Samassa yang banyak menyelamatkan gawang beliau dari terus dibolosi. 

Keputusan seri ini membolehkan JDT mendahului liga dengan 16 mata, 1 mata di hadapan pesaing rapat mereka, Sabah manakala Sri Pahang pula kekal di tangga ke lapan liga dengan lapan mata selepas lapan perlawanan. 



Kedudukan setiap pasukan dari tangga atas hingga ke bawah, boleh dilihat agak dekat dan ini sebenarnya menambahkan lagi kerancakan bola sepak Malaysia di mana setiap pasukan perlu beraksi cemerlang jika ingin terus berada di atas dan sebarang keciciran mata bakal dipintas oleh pasukan lain. 

Nampaknya setiap pasukan dalam Liga Super yang bertemu dengan JDT telah memberi tentangan sengit dalam usaha mencipta nama pasukan pertama kalahkan JDT untuk tahun ini. 

Ia merpakan satu persaingan yang sihat dalam liga kita, namun diharapkan juga setiap pasukan mampu mengekalkan prestasi seperti itu dan ia secara tidak langsung boleh meningkatkan lagi kuaiti liga di Malaysia. - KitaReporters



12
10
0
17
0
You will be interested