Seni & Sukan 16 May, 2022

Tahniah 25 guru luar biasa! Cikgu jadi sumber inspirasi! Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


MCDONALD'S Malaysia mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak-anak murid

Memasuki tahun keenam penganjurannya, anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. 

Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu-cikgu



“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan

"Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. 

"Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan media pada 14 Mei 2022.



“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. 

"Namun, kisah yang kami perolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. 

"Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutama ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,” tambah Melati dalam kenyataan tersebut. 



Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi. 

Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara. 

Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.  

Pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan. 

Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut: https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate. - KitaReporters


18
14
0
7
0
You will be interested