Seni & Sukan 16 May, 2022

Wartawan muda wanita dipelawa sertai Pertama! Satukan semua wartawan wanita dalam pelbagai media!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Sariha Mohd Ali menyampaikan amanah sebagai Presiden Pertama 


SELEPAS dua tahun tertangguh akibat pandemik Covid19, akhirnya Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama) dapat mengadakan mesyuarat agung untuk memilih ahli jawatankuasa baharu bagi menggerakkan program termasuk menarik wartawan muda dari semua media dan rangkaian berita portal sebagai pelapis.

Presiden Pertama yang menang tanpa bertanding, Sariha Mohd Ali berkata mesyurat agung kali ini dibuat untuk tempoh tiga tahun iaitu 2019, 2020 dan 2021 kerana sepanjang dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir semua aktiviti pertama terpaksa ditangguhkan akibat sekatan itu.  

Ini termasuk mesyuarat agung tahun 2019 yang sepatutnya diadakan pada tahun 2020. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wartawan dan kewartawanan

AJK Pertama yang baharu bersama Presiden Pertama bagi penggal 2022-2024


Dan sepanjang tempoh penangguhan mesyuarat agung itu, ahli-ahli jawatankuasa persatuan bertindak sebagai "caretaker" saja menyebabkan mereka perlu berhati-hati ketika membuat keputusan menyertai sebarang acara rasmi negara. 

Sariha berkata, dengan pemilihan ahli jawatankuasa kali ini untuk mengendalikan program Pertama bagi penggal 2022 -2024. Malah Pertama juga lebih yakin untuk mengatur program yang dirancangkan termasuk menyertai sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) yang akan menjadi acara utama dalam dunia kewartawanan. 

Hawana 2022 dijangka berlangsung pada 29 Mei 2022 anjuran agensi Bernama dan Institut Akhbar Malaysia (MPI) di Melaka. 


Paling ramai ahli Pertama adalah dari agensi Bernama


"Pertama akan hantar wakil dan kami mahu menjadi salah satu pemain utama memperkenalkan Pertama sebagai pertubuhan yang mewakili wartawan wanita negara ke peringkat antarabangsa kerana sambutan itu dijangka disertai agensi-agensi pertubuhan berita luar negara.

"Maafkan kami! Kerana jangkitan Covid19 pada Mac 2020, banyak program terpaksa direhatkan. Dan apabila keadaan agak reda sedikit,  ada usaha untuk mengadakan pertemuan 'hi-tea' pada Mac 2022 lalu selepas kerajaan melonggarkan sedikit SOP, Tetapi ramai ahli tidak bersetuju kerana mereka bimbang keadaan belum pulih sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 15 Mei 2022 ketika memimpin mesyuarat agung kali ke-48, 49 dan 50 yang turut memilih ahli jawatankuasa baharu dan sekali gus meraikan ahli-ahli Pertama dalam jamuan Aidilfitri sambil menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf sekiranya tersalah silap kerana dilihat tidak aktif selama tempoh pandemik.


Sariha Mohd Ali menang Presiden Pertama tanpa bertanding.


Nasriah Darus dipilih sebagai Timbalan Presiden, Setiausaha Nor Hasliza Abdullah, Penolong Setiausaha Minarni Mat Saad, Bendahari Sarawasty, Penolong Bendahari Adlina Datuk Abdul Wahab dan Auditor, Sharifah Firdaus dan Siti Hawa. Enam ahli jawatankuasa (AJK) dan Bahara Kamarak dilantik sebagai AJK Hal-Ehwal Veteran.

Sariha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK lama yang memberi khidmat terbaik mereka sepanjang PKP itu walaupun dibebani dengan tugasan menyiapkan laporan berita dan aktiviti berkaitan media di tempat kerja masing-masing. 

"Malah ada beberapa AJK yang sudah menamatkan perkhidmatan di syarikat media sedangkan kepimpinan mereka sangat diperlukan bagi mengendalikan Pertama. Sebab itu juga kami memohon mereka dapat  memberi kerjasama berterusan berdasarkan pengalaman dan kepakaran," katanya.



Selain itu, Sariha turut meminta wartawan yang masih berkhidmat dapat mencari jalan mempelawa wartawan muda sebagai pelapis baru bagi menerajui kepimpinan Pertama.

"Sayang kalau dibiarkan persatuan lupus begitu saja kerana inilah satu-satunya landasan yang menyatukan semua wanita yang berkhidmat dengan semua media termasuk akhbar cetak dan elektronik dan sekarang rangkaian portal juga turut berkembang begitu pesat. Apapun kami akan meneliti keadaan portal sebelum meluluskan keahlian," katanya. - KitaReporters


Terima kasih untuk AJK lama yang berkhidmat dengan terbaik.


Sebagai cenderamata, setiap ahli yang hadir diberi harian tiffin atau siya (mangkuk tingkat) yang sangat cantik. 

19
10
0
9
1
You will be interested