Seni & Sukan 28 Jul, 2021

Video| Kucing buat hal! Kesian pemuda kena kacau semasa solat! Sorry Mas, Oyen cuba gigit kaki!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RAMAI mencintai kecomelan kucing sehingga membuatkan ramai yang cair dengan kenakalan dan kecomelan seekor kucing. Kita semua mengetahui di Malaysia kucing bewarna oren sangat terkenal digelar 'oyen' dan banyak dibela di rumah sebagai haiwan peliharaan.

Kali ini viral pula video seekor kucing berwarna oren mengganggu seorang individu sedang khusyuk menunaikan solat sebagai imam bersama seorang rakannya di sebuah masjid.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing


Dilihat pada mulanya kedua-dua lelaki ini bersujud, lalu kucing oren menghampiri mereka dan tidak mengacau pada mulanya. Tetapi apabila mereka berdua berdiri selepas sujud, kucing tersebut mengejutkan mereka berdua apabila si oren tiba-tiba menerkam kaki salah seorang lelaki itu.

Ini menyebabkan lelaki itu tidak dapat nak meneruskan ibadat kerana si oren dah mula nak main-main dengan kakinya. 

Apa yang boleh diperhatikan juga lelaki ini nampak sangat takut dengan kucing. Lelaki tersebut dilihat berhenti solat dan lari tetapi dikejar kucing tersebut. 

Luculah kucing ini! 

Rata-rata netizen berpendapat bahawa lelaki ini takut dengan kucing. Bak kata orang tua-tua kucing suka dengan orang yang memang takut dengan dia. - KitaReporters



4
0
0
0
0
You will be interested