Seni & Sukan 30 May, 2021

Berita Terkini| Barangan keperluan cukup dan stabil! KPDNHEP beri jaminan! Tidak perlu panik!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa bekalan barang keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi semasa fasa lockdown bermula Selasa, 1 Jun 2021.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik susulan pelaksanaan Fasa Pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown).

“Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh penguat kuasa kementerian setiap hari bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di semua negeri.

“Seperti mana pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu yang tidak merekodkan sebarang kes bekalan barangan keperluan asas terputus,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad, 30 Mei 2021.

Beliau berkata, menjadi harapan KPDNHEP bahawa semua pihak terutama peniaga dan pengguna bersama-sama bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan melalui kawalan kendiri dan mengikuti SOP serta tidak melakukan pembelian panik supaya bekalan barang keperluan asas di seluruh negara terus berada pada tahap stabil dan mencukupi.



Dalam masa sama, Kementerian berharap pengguna dan pengunjung premis perniagaan akan terus merancang perbelanjaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan di premis perniagaan yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 meningkat.

Sejak Sabtu, 29 Mei 2021, suasana di pasar-pasar raya dipenuhi dengan orang ramai mengambil kesempatan membeli lebih awal barangan keperluan meskipun sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘lockdown itu’.

Foto-foto orang ramai beratur panjang sehingga ratusan meter turut tular dalam media sosial.

Antara foto yang dikongsi memaparkan orang ramai membeli keperluan di pasar raya biarpun sektor ini akan terus beroperasi dalam tempoh 1 hingga 14 Jun 2021 ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested