Seni & Sukan 28 May, 2021

Felda Redong 1, lokaliti pertama daerah Segamat kena PKPD! Kluster Redong dengan 98 kes positif!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this


FELDA Redong 1, mukim Labis menjadi lokaliti pertama yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Segamat, Johor yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula 27 Mei hingga 9 Jun 2021.

Pegawai Daerah Segamat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, Nasri Md. Ali berkata, sehingga pukul 10 pagi 27 Mei 202, Kluster Redong mencatatkan sejumlah 98 kes positif Covid-19 hasil daripada 657 ujian saringan yang dilakukan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD

Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Felda Redong 1, Segamat, Johor.


"Manakala  283 lagi didapati negatif selain 276 sample masih menunggu keputusan ujian sementara saringan serta pengesanan kontak rapat masih dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Segamat.

"Daripada data yang diterima oleh Bilik Gerakan, terdapat seramai 3,486 penduduk terlibat di kawasan PKPD Felda Redong ini," katanya dalam satu kenyataan media berhubung perintah PKPD tersebut.


Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md. Ali. - Kredit foto: Pejabat Daerah Segamat.


Menurut Nasri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat akan mengambil alih pengurusan dalam kawasan PKPD Felda Redong sepanjang tempoh perintah PKPD tersebut berkuat kuasa.

Katanya, Bilik Gerakan PKPD Felda Redong telah diaktifkan sejak 26 Mei 2021 bagi menyelaras pengurusan dalam kawasan terbabit yang diketuai  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai hal berkaitan keselamatan dan akan dibantu oleh RELA serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

"Sementara agihan sumbangan, bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Bilik Gerakan PKPD yang akan berpusat di Dewan Serbaguna Tenang Stesyen," katanya.


Kawasan perkampungan Felda Redong 1, Segamat , Johor. - Kredit foto: Youtube.


Kata Nasri lagi, selain itu turut terlibat adalah pelbagai jabatan dan agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Daerah Segamat, Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Daerah Labis, Pejabat Penerangan Segamat, Pejabat Felda Wilayah Segamat dengan fungsi serta peranan masing-masing. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested