Seni & Sukan 10 Sep, 2020

Ziarah Kasih zon Pantai Timur! Usaha MAIWP santuni penduduk!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

MESKIPUN dipisahkan jarak beratus-ratus kilometer, namun ia tidak menjadi halangan bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk turun padang ke kawasan perkampungan di daerah Hulu Terengganu, Terengganu untuk menyampaikan sumbangan kepada kumpulan sasaran. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan MAWIP:

https://kitareporters.com/search?search=maiwp


Menerusi Program Ziarah Kasih Zon Pantai Timur di Dewan Sivik Kampung Buluh di daerah Hulu Terengganu pada Sabtu 5 September 2020 lalu, hampir RM70,000 disalurkan kepada penerima merangkumi golongan asnaf, pelajar, masjid, surau serta sekolah tahfiz yang ada di daerah berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Akbar Samon berkata program tersebut agak istimewa kerana melibatkan gabungan kerjasama antara Badan Kebajikan Perkhidmat MAIWP (BKPM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dengan dikendalikan Kelab Bowling MAIWP.

“Program Ziarah Kasih ini antara sebahagian keprihatinan MAIWP dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan di semua tempat dan daerah, khususnya kepada golongan B40 walaupun mereka berada jauh dari Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

“Bantuan program kali ini melibatkan sumbangan kepada kumpulan asnaf seramai 250 penerima dengan kadar RM100  wang tunai dan RM100 berupa barangan keperluan. Bagi 10 asnaf terlantar kita berkunjung ke rumah bagi sampaikan wang tunai RM300 termasuk barang keperluan.

“Selain itu, 50 pelajar pula menerima wang tunai RM100 seorang. Sumbangan juga disalurkan kepada empat buah masjid bernilai RM10,000; tiga buah surau bernilai RM3,000 serta kepada sekolah tahfiz berjumlah RM1,000,” katanya.


Selain wang tunai, sumbangan yang disampaikan kepada penerima juga dalam bentuk barangan keperluan. 


Tambah beliau, MAIWP melalui institusi-institusi pendidikan turut membantu anak-anak dalam melanjutkan pelajaran  ke peringkat yang lebih tinggi termasuk anak-anak daripada daerah Hulu Terengganu khususnya di Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur dan PICOMS.

Dalam perkembangan berkaitan, Akbar berkata bermula 18 Mac 2020 lalu sehingga ke hari ini iaitu dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), MAIWP telah meluluskan hamper berisi barangan keperluan berjumlah RM50 juta bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Jumlah berkenaan tidak termasuk bantuan-bantuan zalat lain yang disalurkan sepanjang tahun oleh MAIWP menerusi 30 skim bantuan zakat sedia ada. 

“Melalui Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, MAIWP telah memainkan peranan dalam mengagihkan sumbangan kepada masyarakat di luar Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia. Kita akan sentiasa turun padang bagi menyantuni masyarakat,” ujarnya. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested