Seni & Sukan 07 Mar, 2022

Video| Seperti biasalah! Pakaian Aina Abdul jadi trending! Berbaloi! Menang vokal, popular AJL36!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



SEMUA orang tahu yang Aina Abdul ini sering kali tampil dengan pakaian yang agak 'rare' lain daripada yang lain setiap kali buat persembahan. Dan malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 (AJL36) ternyata memang Aina tampil dengan pakaian lain daripada peserta yang buat persembahan di pentas AJL. 

Dua persembahan, maka dua pakaian Aina telah menjadi bualan hangat para netizen dalam media sosial terutama dalam Twitter sehigga namanya menjadi trending guys.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aina Abdul



Kalau ada anugerah pakaian paling meletup, mesti pemenang dia tidak lain tidak bukan, Aina Abdul paling layak. 

Jika dilihat dalam media sosial ini, ramai juga yang buat usikan nakal terhadap pakaian Aina Abdul ini. 

Netizen Malaysia memang bab troll atau usikan nakal ini nombor satu ya. 



Sudah pelbagai pakaian telah diperagakan oleh Aina, agak-agak lepas ini pakaian apa pula yang bakal Aina bawa?  Mana tahu dia letak haiwan hidup pula dipakaian beliau? 

Bab persembahan yang ditampilkan sememangnya begitu padu dan menarik dengan vokal yang tidak boleh dipertikaikan lagi. 

Rezeki Aina dalam industri muzik terus melimpah ruah apabila kali ini beliau berjaya memenangi vokal terbaik untuk lagu 'Sepi' manakala persembahan bersama Khai Bahar pula dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Popular AJL 36. - KitaReporters



12
18
0
10
0
You will be interested